Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Teknologi Tayar Pancit Pulih Sendiri ‘ContiSeal’ Diperluas, Harga Bermula RM290

Posted on Julai 30, 2024Julai 30, 2024

Continental hari ini mengumumkan pengembangan teknologi ContiSeal yang inovatif kepada set produk dan saiz rim, sekali gus menawarkan lebih luas kepada rangkaian pemilik kereta.

ContiSeal bukanlah teknologi baharu di mana telah diperkenalkan sejak tahun 2003 dahulu. Tapi kini ia ditambah baik selama lebih dua dekad.

ContiSeal merupakan teknologi  direka khusus untuk mengedapkan bunga tayar yang rosak dengan 80% daripada semua tusukan yang diatasi secara serta-merta, dan 99.9% daripada tusukan dengan diameter kurang daripada 5mm.

Teknologi ini mampu menyumbat lubang sehingga diameter 5mm di mana ia menghasilkan pengedap kedap udara yang menghalang udara daripada bocor.

Oleh itu, dalam keadaan penembusan objek asing, seperti paku, tidak ada keperluan segera untuk menukar tayar di tepi jalan, dan lubang tetap tertutup walaupun objek yang menusuk itu tercabut.

Tayar Continental dengan ciri ContiSeal sudah diperluaskan menjelang Julai 2024 merentas model tayar popularnya, UltraContact UC7, PremiumContact C dan UltraContact UC6 SUV, dalam saiz antara 16” hingga 20”.

Harga tayar tersebut pula adalah bermula dari RM290 hingga RM1,406 mengikut model dan saiz tayar.

Ia sudah tersedia di mana-mana pengedar yang mengambil bahagian di seluruh negara atau di kedai e-dagang Shopee dan Lazada rasmi Continental.

Beli tayar Continental dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.io/cllh7gd
  • Lazada –  https://invol.co/cllh7gi

{suggest}

Sumber: Siaran media Continental Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress