Setelah Spotify, YouTube Music, Apple Music dan PlayStation yang sudah melancarkan rangkuman tahunan, kini Steam juga tidak ketinggalan berbuat demikian, yang dipanggil Steam Replay.
Walaupun banyak permainan yang dilancarkan pada 2024, tetapi data pada Steam menunjukkan sebaliknya. Berdasarkan laporan, hanya 15% daripada masa keseluruhan bermain pengguna Steam yang memainkan permainan yang dikeluarkan pada tahun 2024.
Selain itu, 47% masa permainan pemain dihabiskan bagi ‘game’ yang dilancarkan dalam satu hingga tujuh tahun sebelum. Manakala, baki 37% pula bagi permainan yang dilancarkan lapan tahun lepas atau lebih.
Jika dibandingkan tahun 2023, hanya 9% sahaja masa permainan yang dihabiskan yang dilancarkan dalam tahun tersebut. Walaupun jumlah tahun 2024 masih sedikit tetapi ia menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu.
Menurut PC Gamer, peningkatan itu mungkin disebabkan permainan dalam talian baharu seperti Helldivers 2, Delta Force dan Banana. Sementara, permainan yang mendapat perhatian tahun ini, Black Myth: Wukong turut memberi impak sama.
Biarpun begitu, permainan dalam talian “OG” seperti Counter-Strike, Dota 2 dan PUBG masih terus didominasi di Steam. Ia mungkin disebabkan naluri ‘gamer’ sendiri di mana permainan dalam talian yang sudah banyak dihabiskan wang akan terus dimainkan.
Bagaimanapun, permainan dalam talian terbaru Marvel Rivals dan Path of Exile 2 masing-masing berada dalam lima terbaik paling banyak dimainkan di Steam buat masa sekarang.
Buat pengetahuan, tahun 2024 sahaja, sebanyak 18,737 judul permainan dilancarkan di Steam dan menjadikan jumlah keseluruhan adalah 200,000.
Bagi pendapat peribadi yang melihat data daripada Steam, faktor tersebut berkemungkinan disebabkan permainan berjudul AAA kurang berbaloi untuk dibeli dan dimainkan. Tambahan lagi, kebanyakan ‘gamer’ yang mampu membeli ‘game’ pun rata-rata sudah bekerja dan berkeluarga. Oleh yang demikian, masa untuk bermain tidak banyak.
Kalau bagi pemain muda pula, mereka gemar bermain permainan percuma. Jadi, data Steam itu adalah logik.
{suggest}