Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Image 2024-12-04 at 12.13.51 PM

Pengguna Apple Music Kini Lebih Mudah Kongsi ‘Replay 2024’

Diterbitkan Disember 4, 2024 oleh Rushsyafizal

Pengguna Apple Music kini boleh menikmati Apple Music Replay 2024 dengan cara yang lebih mudah. Untuk pertama kalinya, keseluruhan pengalaman recap tahunan anda tersedia terus dalam aplikasi melalui tab Home, New, dan Search tanpa perlu mengakses laman web khusus seperti sebelum ini. Untuk mencubanya, pastikan anda menggunakan iOS 18.1 atau versi lebih baru.

WhatsApp Image 2024-12-04 at 12.03.48 PM
WhatsApp Image 2024-12-04 at 12.03.49 PM
WhatsApp Image 2024-12-04 at 12.03.49 PM (1)
WhatsApp Image 2024-12-04 at 12.03.50 PM

Replay kini memberikan lebih banyak maklumat mengenai tabiat mendengar anda sepanjang tahun seperti kedudukan peminat, ciri ini dapat mengesan sama ada anda termasuk dalam 500 atau 1,000 peminat teratas artis kegemaran anda, melangkaui had 100 sebelumnya.

Streak harian bagi melihat bilangan hari berturut-turut anda menstrim melalui Apple Music. Bukan itu sahaja, analisis bulanan juga tersedia bagi meninjau lagu, artis, dan album teratas anda mengikut bulan dan sejarah pertama kali untuk melihat tarikh pertama kali anda mendengar lagu, artis, serta album paling popular anda tahun ini.

Selain itu, pengguna boleh menyimpan senarai main lagu paling kerap dimainkan pada tahun 2024. Data Replay dan statistik akhir akan dimuktamadkan pada Januari. Tidak seperti Spotify Wrapped, Apple Music turut membolehkan anda mengakses recap dari tahun-tahun sebelumnya.

Tahun ini, Apple Music turut melancarkan Replay untuk artis. Melalui papan pemuka khusus, mereka boleh melihat jumlah minit pendengar, bilangan pendengar unik, bandar utama, dan lagu yang paling banyak dicari di Shazam.

Berkaitan

  • Lebih 10 Tahun Dengan Ekosistem Apple, Ini Pendapat Saya Bila Sebulan Dengan Ekosistem HONOR
  • Pemilik Perlu Peka Pengumuman Panggilan Semula Kenderaan Untuk Pemeriksaan - Loke
  • Data MyKad 17 Juta Rakyat Malaysia Didakwa Bocor
  • China Haramkan Eksport Mineral Utama Ke Amerika Syarikat
  • Bank Perlu Bayar Balik Kepada Mangsa 'Scam' Jika Cuai - PM

Sumber: Apple Music

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY