Valve kini dilihat sudah mengeluarkan notis “amaran” kepada pengguna Steam di mana laporan menyatakan yang pengguna Steam sudah diberitahu yang setiap pembelian di platform itu hanyalah lesen, bukan permainan atau game tersebut.
Menurut Engadget, notis itu dipaparkan apabila pengguna buka pada bahagian troli pembelian sebelum meneruskan untuk pembayaran. Ini merupakan kali pertama ia memberikan notis sebegitu.
Pembelian produk digital memberikan lesen untuk produk di Steam
Perkara ini adalah mungkin disebabkan undang-undang California baharu yang bakal dilaksanakan tahun hadapan. Undang-undang ini memaksa syarikat untuk mengakui yang sebenarnya pembeli tidak memiliki kandungan digital.
Terdahulu, gabenor California pun sudah menandatangani undang-undang tersebut agar pasaran digital perlu diperjelaskan apa itu produk digital. Ia bermakna, setiap pembeli yang membeli produk digital hanyalah membeli lesen atau mendapat akses untuk produk tersebut sahaja.
Mana-mana syarikat yang gagal mematuhi undang-undang ini boleh dikenakan denda kerana pengiklanan palsu. Sebenarnya perkara ini pernah berlaku yang mana Ubisoft bertindak memadam permainan The Crew daripada pustaka pemain disebabkan pelayan permainan itu ditamatkan.
Permainan The Crew adalah sepenuhnya dalam talian dan tiada luar talian. Oleh itu, tiada makna lagi buat pemain tetapi ini membuatkan ramai gamer kurang berpuas hati.
Pada situasi sekarang juga, Microsoft dan Sony turut dilihat “memaksa” pemain untuk menerima dunia digital. Setiap konsol dikeluarkan pun sudah dibahagikan versi digital dan cakera optik. Permainan pun sudah ditawarkan dalam bentuk langganan Game Pass atau PS+.
{suggest}
Sumber: Engadget