Qualcomm telah pun mengumumkan cip pemprosesan generasi terbaru mereka, Snapdragon 8 Elite (Snapdragon 8 Gen 4) yang bakal memacu telefon pintar andalan akan datang.
Peminat telefon pintar pastinya sudah tidak sabar untuk memiliki peranti pertama dipacu cip tersebut yang menjanjikan prestasi terbaik.
Sebab itulah, realme mendahului pesaing lain dengan melancarkan telefon andalan terbaru mereka, realme GT 7 Pro yang dipacu SD 8 Elite.
Tidak sekadar dilengkapi cip berkuasa dan terkini, realme turut memperkenalkan beberapa ciri dan teknologi terbaru yang merupakan yang pertama dalam industri pada realme GT 7 Pro.
realme GT 7 Pro dengan Snapdragon 8 Elite
realme GT 7 Pro menjadi telefon pintar pertama di Malaysia yang dikuasakan Snapdragon 8 Elite, menjadikannya sebagai peranti Android paling berkuasa di pasaran tempatan ketika ini.
Malah Snapdragon 8 Elite berjaya mencapai skor penanda aras Antutu setinggi 3 juta menerusi realme GT 7 Pro.
Jadi, menjalankan pelbagai aplikasi sekali gus mahupun bermain permainan mudah alih popular pada tetapan kadar bingkai tertinggi 120fps akan dapat dimainkan realme GT 7 Pro dengan lancar tanpa sebarang isu.
Teknologi Bateri EVĀ
Selain kuasa pemprosesan, hayat operasi bateri pastinya terbantut jika tidak tahan lama. Sebab itulah realme GT 7 Pro dimuatkan dengan bateri berkapasiti tinggi 6500mAh.
Malah, tahukah anda bahawa realme menggunakan teknologi bateri kenderaan elektrik (EV) pada bateri realme GT 7 Pro di mana ia menggunakan jenis bateri silikon anod, bukan jenis bateri konvensional litium ion yang kebanyakan telefon pintar di pasaran gunakan ketika ini.
Antara kelebihan utama bateri silikon anod ini adalah ia menjanjikan sokongan teknologi pengecasan yang lebih pantas, kapasiti yang lebih besar tapi dalam saiz yang lebih kecil serta menawarkan hayat bateri yang lebih lama dan mampan.
Ciri Fotografi Dalam Air
Satu lagi ciri terbaru yang diperkenalkan realme GT 7 Pro kepada industri adalah dengan memperkenalkan Underwater Mode untuk fotografi dalam air.
Ciri ini menjadikan realme GT 7 Pro sebagai telefon pintar pertama dalam industri dilengkapi ciri tersebut yang memberikan pengalaman dan segmen baharu kepada peminat fotografi khususnya.
realme GT 7 Pro, Telefon Pintar Berprestasi Tinggi Pada Harga Menarik
Penggunaan teknologi bateri yang baharu dalam realme GT 7 Pro melonjakkan realme sebagai peneraju baharu dalam industri peranti pintar.
Industri kini melihat bateri silikon anod bakal terajui perlumbaan untuk mengkomersialkan teknologi bateri generasi akan datang, bukan sahaja untuk EV, tapi juga peranti pintar dan industri bateri keseluruhannya.
Apa yang dapat dikatakan di sini adalah, realme GT 7 Pro merupakan sebuah peranti andalan yang bukan sahaja berprestasi tinggi, tapi juga peranti berteknologi tinggi dan kaya dengan ciri yang belum ada pada mana-mana peranti di pasaran.
Miliki sekarang realme GT 7 Pro (12GB+512GB) yang sudah pun menjengah pasaran pada harga RM3,699.
realme GT 7 Pro boleh didapati di stor fizikal realme di seluruh Malaysia atau stor atas talian seperti di Shopee dan Lazada.