Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Steam Deck Wide

ROG Ally Disahkan Menyokong Sistem Operasi SteamOS

Diterbitkan Ogos 16, 2024 oleh Amsyar Latif

Konsol permainan mudah alih masa kini dilihat sudah cukup berkuasa tetapi kekangan yang biasa dihadapi pengguna adalah sistem operasi kadangkala kurang optimum. Ini kerana ia menjalankan Windows. Namun, selepas ini mungkin konsol permainan mudah alih lebih menarik untuk dimainkan.

Menurut laporan daripada The Verge, pereka Valve — Lawrence Yang telah mengesahkan kepada mereka yang SteamOS akan menyokong peranti lain. Sebagai contoh, pesaing rapat Valve, iaitu Asus ROG Ally.

Terdahulu, kemas kini SteamOS ada menyatakan yang ia menyokong kekunci tambahan untuk ROG Ally.

Yang memberitahu di mana pasukan mereka sedang mengusahakan sokongan SteamOS bagi peranti konsol permainan mudah alih lain.

Walau bagaimanapun, tidak bermakna yang ROG Ally akan menjalankan SteamOS secara terus. Ia berkemungkinan membolehkan pengguna untuk melakukan dwi-but sistem operasi (Windows dan SteamOS).

Tambahan lagi, SteamOS masih belum bersedia lagi untuk dijalankan pada peranti lain. Jadi, mungkin pengguna perlu menunggu sebelum konsol permainan mudah alih lain dapat menikmati sistem operasi berasaskan Linux itu yang mana lebih mesra untuk peranti sedemikian.

Berkaitan

  • (Ulasan) ASUS ROG Ally - Jentera 'Gaming' Mudah Alih Power Tapi Belum Sempurna
  • ASUS ROG Ally Terima Ciri AMD Fluid Motion Frames, FPS Akan Lebih Tinggi
  • Alat Kawalan Steam Akan Rasmi Tahun Ini, Macam 'Controller' Xbox
  • Apex Legends Di Steam 'Dibanjiri' Ulasan Negatif Lepas Ubah Sistem 'Battle Pass'
  • ROG Ally X Kini Tersedia Untuk Pra Pesan Pada Harga RM4,299

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY