Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lenovo Legion Go S Dijangka Menjalankan Sistem Operasi SteamOS

Lenovo Legion Go S Dijangka Menjalankan Sistem Operasi SteamOS

Diterbitkan Disember 16, 2024 oleh Rushsyafizal

Lenovo nampaknya akan meluaskan lagi rangkaian permainannya dengan peranti gaming mudah alih dengan model Lenovo Legion Go S, yang dilengkapi skrin OLED dan fungsi-fungsi menarik yang memenuhi keperluan pemain tegar.

Pendedahan terkini oleh Evan Blass menunjukkan imej model terbaru ini yang mengekalkan reka bentuk ikoniknya — gamepad boleh tanggal ala Joy-Con Nintendo Switch, kickstand, dan mod FPS unik di mana salah satu pengawal boleh bertindak sebagai tetikus vertikal.

Berbanding model terdahulu yang menggunakan skrin LCD IPS 8.8 inci, model baru ini beralih kepada panel OLED bersaiz sama. Skrin OLED ini dijangka menawarkan warna lebih terang, hitam yang lebih pekat, serta masa respons yang lebih pantas satu kelebihan besar untuk permainan kompetitif.

Lenovo Legion Go S Dijangka Menjalankan Sistem Operasi SteamOS
Lenovo Legion Go S Dijangka Menjalankan Sistem Operasi SteamOS

Berdasarkan imej yang tertiris, alat kawalan pada Legion Go ini direka semula untuk memberikan pegangan lebih selesa, dengan tepi yang lebih licin dan butang tetikus pada pad kanan yang diubahsuai. Tambahan pula, penutup mounting rail diperkenalkan bagi melindungi pin pengecasan daripada mencucuk telapak tangan pengguna.

Walaupun tidak terdapat butang Steam pada model ini, spekulasi menyebut “Legion Go 2” akan kekal menggunakan sistem operasi Windows, manakala model Legion Go S yang lebih kecil dijangka menjalankan SteamOS, menjadikannya pesaing sebenar kepada Steam Deck.

SteamOS adalah sistem operasi eksklusif Valve yang direka khas untuk permainan, dan Lenovo mungkin sedang bekerjasama rapat dengan Valve untuk memastikan keserasian peranti mereka.

Lenovo masih belum mendedahkan spesifikasi penuh, termasuk cip pemprosesan, hayat bateri, atau port sambungan. Walau bagaimanapun, khabar angin menunjukkan AMD Z2 Extreme mungkin menjadi enjin utama peranti ini.

Dengan pelancaran dijangka semasa CES 2025, peminat konsol permainan mudah alih boleh menjangkakan peranti yang menawarkan visual premium, rekaan ergonomik, dan kemungkinan integrasi penuh dengan ekosistem SteamOS.

Berkaitan

  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • HONOR Magic7 Pro Bakal Dilancarkan Di Malaysia 9 Januari 2025
  • Tune Talk Perkenal Pelan Epik+, Bermula RM25/Bulan Untuk 40GB Data
  • Suunto Aqua - Fon Kepala Boleh Dipakai Dalam Air, Harga RM1,099
  • Pengguna Instagram Kini Boleh Jadualkan Mesej Sehingga Sebulan Lebih Awal

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY