Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Maybank Cambodia scan QR_3

Pelancong Malaysia Ke Kemboja Kini Boleh Bayar Guna QR Melalui Aplikasi MAE

Diterbitkan April 15, 2025 · Dikemas kini April 15, 2025 oleh Amalina Athman

Seiring pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) minggu lalu, Maybank memaklumkan bahawa pengguna yang melancong ke Kemboja kini boleh membuat pembayaran menggunakan kod QR melalui aplikasi MAE.

Selain Kemboja, kemudahan pembayaran QR rentas sempadan ini turut tersedia di Singapura, Indonesia, Thailand dan China.

Bagi pengguna Malaysia yang melancong ke mana-mana lima negara tersebut, termasuk Kemboja, pembayaran QR di kedai fizikal boleh dilakukan dengan mengikuti langkah berikut:

  1. Buka fungsi Scan & Pay pada aplikasi MAE.
  2. Imbas kod QR peniaga tempatan. Laman ringkasan akan dipaparkan, termasuk jumlah dalam mata wang tempatan, kadar pertukaran, dan jumlah bayaran dalam mata wang asal pengguna.
  3. Tekan ‘Pay Now’ untuk selesaikan pembayaran.

Maybank Cambodia scan QR_2

Sebelum ini, dalam fasa pertama pelaksanaan, Maybank telah membolehkan pelancong dari Kemboja membuat pembayaran menggunakan DuitNow QR di Malaysia melalui aplikasi Bakong.

Untuk maklumat lanjut mengenai pembayaran QR rentas sempadan melalui aplikasi MAE, layari laman rasmi Maybank.

Berkaitan

  • Terlupa Simpan Resit Transaksi, Ini Cara Dapatkan Semula Di Aplikasi MAE
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Aplikasi MAE Tidak Lagi Sokong iOS Versi Terdahulu Selepas 31 Mac
  • Maybank Perkenal ‘Mastercard Global Access Debit Card’ – Ketahui Ini Sebelum Mohon

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY