Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kod QR Malaysia Kemboja 1

Rakyat Malaysia Ke Kemboja Akan Boleh Bayar Guna QR Melalui Aplikasi Mudah Alih

Diterbitkan September 20, 2024 ยท Dikemas kini September 20, 2024 oleh ariff bukhari

Bank Negara Malaysia (BNM) dan National Bank of Cambodia (NBC) melancarkan jalinan pembayaran QR rentas sempadan antara Kemboja dengan Malaysia.

Menerusi jalinan ini, pengguna dan peniaga di kedua-dua negara boleh membuat dan menerima pembayaran rentas sempadan melalui kod QR secara masa nyata.

Projek ini bermula selepas BNM dan NBC memeterai Memorandum Persefahaman (Memorandum of Understanding, MoU) bagi memperkukuh kerjasama dalam inovasi kewangan dan pembayaran pada bulan Februari 2024 yang lalu.

Inisiatif ini yang dilaksanakan dalam dua fasa dengan fasa pertama jalinan pembayaran in sudah pun selesai.

Di bawah fasa pertama, pengguna dari Kemboja boleh membuat pembayaran runcit secara segera di Malaysia dengan mengimbas kod QR DuitNow yang dipaparkan oleh peniaga menggunakan aplikasi mudah alih mereka (iaitu aplikasi Bakong dan Maybank M2U KH).

Kod QR Malaysia Kemboja

Kejayaan pelancaran ini direalisasikan melalui kerjasama erat pelbagai pihak berkepentingan dari kedua-dua negara, termasuk NBC, Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet), Maybank sebagai bank penaja dan penyelesaian, serta institusi kewangan peserta dari kedua-dua negara.

Dalam fasa jalinan yang seterusnya, pengguna Malaysia yang mengunjungi Kemboja juga akan boleh membayar pembelian mereka secara lancar kepada peniaga Kemboja dengan mengimbas KhmerQR (KHQR) menggunakan aplikasi mudah alih daripada institusi kewangan peserta.

Jadi, ini bermakna aplikasi seperti MAE akan boleh digunakan mengimbas kod QR untuk proses pembayaran tanpa tunai di Kemboja.

Inisiatif jalinan pembayaran QR ini akan membolehkan lebih lima juta peniaga di Kemboja dan Malaysia, terutamanya peniaga kecil, untuk mengakses jumlah pelanggan yang lebih luas daripada kedua-dua negara.

Secara amnya, inisiatif ini akan merangsang aktiviti perdagangan, menggiatkan pelancongan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi di kedua-dua negara.

Pencapaian ini juga mencerminkan visi kolektif ASEAN serta matlamat inisiatif Regional Payment Connectivity untuk integrasi kewangan serantau yang lebih besar dan pembangunan ekonomi yang inklusif.

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Dapat iPhone 16 Kedua Dengan Hanya RM1, Ini Caranya

Sumber: BNM, NBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY