Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NBC_pembayaran QR Cambodia

Rakyat Malaysia Ke Kemboja Kini Boleh Bayar Guna QR

Diterbitkan April 9, 2025 · Dikemas kini April 9, 2025 oleh Amalina Athman

Pengguna dari Malaysia kini boleh membuat pembayaran kepada peniaga di Kemboja dengan mengimbas KhmerQR (KHQR) melalui aplikasi bank terpilih.

Inisiatif ini merupakan fasa kedua dalam pelaksanaan sistem pembayaran QR rentas sempadan antara Malaysia dan Kemboja. Sebelum ini, di bawah fasa pertama, pengguna dari Kemboja yang berkunjung ke Malaysia telahpun boleh membuat pembayaran dengan mengimbas DuitNow QR melalui aplikasi Bakong.

Dalam satu kenyataan, Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan bahawa inisiatif ini memberi akses kepada lebih tujuh juta peniaga di kedua-dua negara untuk menerima bayaran daripada rangkaian pengguna yang lebih meluas.

Selain itu, pengguna juga boleh menikmati kemudahan pembayaran rentas sempadan secara segera menggunakan aplikasi pembayaran tempatan tanpa sebarang kerumitan.

qr cambodia malaysia

Untuk merealisasikan jalinan pembayaran QR dua hala ini, BNM dan National Bank of Cambodia (NBC) bekerjasama rapat dengan rakan strategik, termasuk Maybank selaku bank penaja dan bank penyelesaian, Payments Network Malaysia (PayNet) serta institusi kewangan terlibat dari kedua-dua negara.

Berkaitan

  • Rakyat Malaysia Akan Boleh Buat Pembayaran Guna Kod QR Di Korea Selatan
  • Rakyat Malaysia Ke Kemboja Akan Boleh Bayar Guna QR Melalui Aplikasi Mudah Alih
  • Purata Rakyat Malaysia Guna ATM 2 Kali/bulan, BNM Dapat 36 sen Daripada Setiap Caj RM1 - NUBE
  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G

Gambar utama: Facebook/National Bank ofCambodia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY