Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mae apps ios 14

Aplikasi MAE Tidak Lagi Sokong iOS Versi Terdahulu Selepas 31 Mac

Diterbitkan Februari 14, 2025 ยท Dikemas kini Februari 18, 2025 oleh Amalina Athman

Maybank hari ini memaklumkan bahawa semua pengguna iOS perlu mengemas kini peranti kepada sistem operasi iOS 14 atau versi lebih baharu untuk terus menggunakan aplikasi MAE.

Kemas kini ini perlu dilakukan sebelum 31 Mac 2025 agar pengguna dapat terus mengakses dan menggunakan aplikasi tersebut tanpa sebarang gangguan.

Menurut Maybank, pengemaskinian sistem operasi ini bertujuan untuk meningkatkan prestasi, kestabilan dan keselamatan peranti pengguna, termasuk aplikasi-aplikasi digunakan.

Kalau tak kemas kini sebelum 31 Mac macam mana?

Pengguna masih boleh menggunakan aplikasi MAE seperti biasa sebelum 31 Mac 2025.

Apa jadi kalau tak kemas kini selepas 31 Mac?

Selepas 31 Mac 2025, pengguna tidak lagi boleh menggunakan aplikasi MAE pada peranti yang menjalankan sistem operasi versi sebelum iOS 14.

Bagi mengelakkan sebarang masalah, pastikan peranti dikemas kini dan memenuhi keperluan sistem operasi yang ditetapkan.

Kalau peranti dah tak boleh kemas kini iOS 14 macam mana?

Pengguna disarankan untuk memuat turun aplikasi MAE pada peranti yang serasi.

Namun, perlu diketahui bahawa jika aplikasi MAE dimuat turun pada peranti baharu, pengguna perlu mengaktifkan semula Secure2u melalui ATM Maybank, dengan tempoh pengaktifan atau cooling period sekurang-kurangnya 12 jam.

Tapi masih boleh guna laman web Maybank2u kan?

Betul, pengguna masih boleh log masuk ke web Maybank2u melalui pelayar internet (browser).

Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa sebarang transaksi tidak dapat dilakukan kerana pengesahan transaksi masih memerlukan akses ke aplikasi MAE melalui Secure2u.

Pengguna Android terkesan tak?

Tidak, kemas kini ini hanya melibatkan peranti yang menggunakan sistem operasi iOS sahaja.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Khidmat Pelanggan Maybank di talian 1-300-88-6688 atau e-mel melalui [email protected].

Berkaitan

  • Pengguna Kini Boleh Akses Berbilang Akaun Di Aplikasi MAE, Ini Caranya
  • Maybank Halang Akses Aplikasi MAE Jika Kesan Perisian Hasad
  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Sejumlah Perkhidmatan Maybank Tidak Boleh Diakses Sementara Pada 8, 15 Februari

Sumber: Maybank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY