Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelajar Dan Staf UUM Kini Boleh Sewa Kereta Perodua Lebih Mudah Dan Murah Dengan Aplikasi UCar-E

Pelajar Dan Staf UUM Kini Boleh Sewa Kereta Perodua Lebih Mudah Dan Murah Dengan Aplikasi UCar-E

Diterbitkan Mei 20, 2026 · Dikemas kini Mei 20, 2026 oleh ariff bukhari

Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) kini menikmati kemudahan kereta sewa dalam kampus dengan mudah dan murah menerusi aplikasi UCar-E.

Ia merupakan projek rintis pertama Perodua di institusi pengajian tinggi negara.

Melalui kerjasama antara Perodua dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), pelajar dan staf UUM boleh memuat turun aplikasi tersebut untuk menyewa kenderaan jenis Myvi bagi kegunaan harian di kampus.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, projek ini dilancarkan serentak dengan penamaan kolej kediaman pelajar sebagai INASIS Perodua.

Pada fasa awal, sebanyak lima buah Myvi disediakan dengan kadar sewaan berpatutan, dan sebanyak 20 lagi kenderaan akan ditambah dalam masa terdekat.

Beliau menegaskan pemilihan UUM sebagai rakan sinergi dibuat berdasarkan reputasi universiti itu sebagai antara yang terbaik di Asia dalam akademik dan penyelidikan.

Pelajar INASIS Perodua juga akan terlibat dalam aktiviti gaya hidup dan kepimpinan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat.

Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed pula menzahirkan penghargaan kepada Perodua atas kerjasama strategik ini.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Bawa Nama Malaysia Ke Eropah: Bagaimana Dua Jurutera Ini Berjaya Tembusi Industri Automotif Global
  • Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI Kini Dipacu AI, Mudahkan Akses Bahan Rujukan Digital

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • NEXAL Rasmi Dilancarkan Di Malaysia, Perkenal Tablet NEXAL Pad Berharga RM1,099
  • MyDigital ID Nafi Guna Teknologi Blockchain Pihak Ketiga
  • HONOR 600S 5G Kini Dijual Di Malaysia, Bateri 8,100mAh Pada Harga RM1,299
  • CMF Perkenal Speaker S Dan Speaker M, Bateri Sehingga 18 Jam
  • COROS PACE 4 Pro Dilancar 21 Oktober Ini, Skrin Lebih Besar, Bateri Tahan Lama
  • Pengguna Nothing Mula Terima Kemas Kini Nothing OS 5.0
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Kongsi, Cipta 'Sticker' Berbunyi
  • Microsoft Perkenal Maia 300 Dengan Memori HBM4 288GB
©2026 WISER.MY