Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Paramount WBD_wisermy image

Paramount Saman Warner Bros. Discovery Untuk Dapatkan Maklumat Perjanjian Netflix

Diterbitkan Januari 13, 2026 ยท Dikemas kini Januari 13, 2026 oleh Amalina Athman

Paramount Skydance telah memfailkan saman terhadap Warner Bros. Discovery (WBD) selepas lembaga pengarah WBD berulang kali menolak tawaran ‘tidak diundang’ syarikat itu untuk mengambil alih.

Saman tersebut bertujuan untuk memaksa lembaga pengarah WBD mendedahkan lebih banyak butiran mengenai perjanjian pengambilalihan oleh Netflix kepada pemegang saham, yang didakwa boleh menjadikan tawaran Paramount kelihatan lebih menarik.

Langkah ini disertai dengan surat daripada CEO Paramount Skydance, David Ellison, kepada pemegang saham WBD, dan merupakan perkembangan terkini dalam konflik yang telah berlangsung beberapa bulan.

Pada penghujung Oktober tahun lalu, WBD mengumumkan ia terbuka kepada tawaran pengambilalihan, dan lembaga pengarahnya kemudian menerima bidaan daripada gergasi penstriman, Netflix.

Bidaan Netflix yang disokong oleh lembaga pengarah tidak termasuk pembelian aset televisyen WBD seperti CNN dan Discovery. Jika perjanjian itu dimeterai, aset ini akan menjadi milik syarikat baharu yang disenaraikan secara awam bernama Global Networks.

Paramount menuduh lembaga pengarah WBD gagal memberikan maklumat yang mencukupi kepada pemegang saham untuk membandingkan tawarannya dengan bidaan Netflix secara adil.

Kini, syarikat itu menyatakan ia akan cuba melantik beberapa wakil ke lembaga pengarah WBD menjelang mesyuarat tahunan sebagai pemegang saham, bagi memperkukuh kedudukannya. – AFP

Berkaitan

  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar
  • Paramount Cabar Netflix, Tawar $108.4 Bilion Untuk Ambil Alih Warner Bros
  • Netflix Dilapor Pernah Pertimbang Untuk Ambil Alih EA
  • Lembaga Pengarah Warner Bros. Discovery Tolak Tawaran Paramount Bernilai $108.4 Bilion

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY