Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
x WBD_1 (1)

Lembaga Pengarah Warner Bros. Discovery Tolak Tawaran Paramount Bernilai $108.4 Bilion

Diterbitkan Disember 17, 2025 · Dikemas kini Disember 17, 2025 oleh Amalina Athman

Lembaga Pengarah Warner Bros. Discovery “sebulat suara” menolak tawaran hostile bid bernilai $108.4 bilion oleh Paramount Skydance, dengan alasan ia gagal memberi jaminan pembiayaan yang mencukupi serta membawa risiko dan kos besar kepada pemegang saham.

Dalam satu kenyataan, WBD berkata tawaran tersebut tidak memenuhi kriteria sebagai “Superior Proposal” di bawah terma perjanjian penggabungan Warner Bros. dengan Netflix yang diumumkan pada 5 Disember 2025.

Lanjutan itu, Lembaga Pengarah WBD sebulat suara mengulangi sokongan terhadap penggabungan dengan Netflix, serta mengesyorkan pemegang saham menolak tawaran daripada Paramount.

“Sekali lagi, tawaran ini gagal menangani kebimbangan utama yang telah kami sampaikan secara konsisten kepada Paramount sepanjang proses libat urus dan penilaian menyeluruh terhadap enam cadangan mereka sebelum ini. Kami yakin penggabungan kami dengan Netflix menawarkan nilai yang lebih baik serta lebih terjamin kepada para pemegang saham, dan kami menantikan peluang untuk merealisasikan manfaat kukuh hasil gabungan ini,” kata Samuel A. Di Piazza, Jr., Pengerusi Lembaga Pengarah Warner Bros. Discovery.

Berikutan keputusan tersebut, Lembaga Pengarah WBD juga telah menghantar surat rasmi kepada pemegang saham bagi memperincikan saranan serta pendirian mereka berhubung perkara itu.

Dalam surat tersebut, WBD berkata Paramount secara konsisten telah mengelirukan para pemegang saham dengan mendakwa urus niaga yang dicadangkan itu mempunyai “jaminan penuh” daripada keluarga Ellison yang diterajui bilionair dan CEO Oracle Larry Ellison. Sebaliknya, dakwaan tersebut tidak benar dan tidak pernah wujud sejak awal.

Menurut lembaga itu, pihaknya mendapati tawaran Paramount “lebih rendah” berbanding perjanjian penggabungan dengan Netflix.

Tawaran Netflix sebanyak $27.75 sesaham bagi studio filem dan televisyen Warner Bros, pustaka kandungannya serta perkhidmatan penstriman HBO Max merupakan perjanjian yang mengikat dengan komitmen yang boleh dikuatkuasakan, tidak memerlukan sebarang pembiayaan ekuiti dan mempunyai komitmen hutang yang kukuh.

Sementara itu, Netflix dalam satu kenyataan berkata pihaknya menyambut baik saranan Lembaga Pengarah WBD agar pemegang saham menolak tawaran “tidak diminta” daripada Paramount Skydance.

Lembaga Pengarah Warner Bros. Discovery Tolak Tawaran Paramount Bernilai 8.4 Bilion
Foto: Netflix

Syarikat itu turut melancarkan laman web khusus, netflixwbtogether.com, yang menyediakan maklumat terkini serta sumber berkaitan urus niaga tersebut.

Berkaitan

  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Warner Bros. Discovery Pertimbang Jual Syarikat - Netflix, Comcast Antara Yang Berminat
  • Netflix Sah Bakal Ambil Alih Warner Bros - Termasuk HBO, HBO Max
  • Paramount Cabar Netflix, Tawar $108.4 Bilion Untuk Ambil Alih Warner Bros

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY