Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android

Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android

Diterbitkan November 27, 2026 oleh ariff bukhari

Lenovo dilaporkan sedang membangunkan sebuah peranti permainan mudah alih baharu dikenali sebagai Legion Go Beam, namun kali ini ia tidak menggunakan Windows 11 mahupun SteamOS.

Sebaliknya, peranti tersebut dilaporkan akan beroperasi menggunakan sistem Android.

Sebelum ini, Windows Latest secara eksklusif mendedahkan rupa Lenovo Legion Go Beam yang dijangka berharga lebih murah.

Legion Go Beam dijangka akan hadir dengan skrin 7 inci yang menyokong kadar segar semula 120Hz.

Peranti ini juga dikatakan akan dipacu cip Qualcomm Snapdragon G2 Gen 1, selain dilengkapi sambungan Wi-Fi 6E untuk pengalaman penstriman yang stabil dan pantas.

Lenovo turut dijangka menyertakan perisian Legion Space bagi memudahkan pengguna mengurus permainan dan aplikasi.

Dari segi reka bentuk, Legion Go Beam dilihat lebih ringkas berbanding model Legion Go berasaskan Windows.

Ia dilaporkan hadir dengan pengawal terbina, slot microSD, bicu audio 3.5mm serta port USB-C.

Menariknya, peranti ini tidak mempunyai touchpad seperti yang biasa ditemui pada sesetengah konsol PC mudah alih.

Jika ditawar pada harga yang kompetitif, Legion Go Beam berpotensi menjadi alternatif menarik kepada peranti seperti Logitech G Cloud dan PlayStation Portal.

Harga Lenovo Legion Go 2 di Malaysia

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Lenovo Legion C700 Fokus Cloud Gaming, Tawar Skrin 120Hz Dan Bateri 8,000mAh
  • Lenovo Googlebook 15 Dilancar Dengan Harga Bermula ~RM4,480

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
  • Platform X Kini Perkenal Ciri Kawalan Ibu Bapa
  • Astro X3 Kini Ditawarkan Tanpa Kontrak, Harga Promosi Bermula RM39.99/Bulan
  • Remaja 18 Tahun Didakwa Godam 11,000 Data Warga Denmark
  • Elon Musk Umum Setiap Kanak-Kanak Di AS Bakal Terima Dua Saham SpaceX
  • Cadangan Tarif AS Sehingga 25% Ke Atas Malaysia Belum Muktamad, Kerajaan Mahu Pastikan Tidak Lebih 19%
©2026 WISER.MY