Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
manu kumar xiaomi

Orang Kuat Xiaomi, Manu Kumar Jain Angkat Kaki Daripada Syarikat

Diterbitkan Februari 1, 2023 · Dikemas kini Februari 2, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Individu yang bertanggungjawab menaikkan nama Xiaomi di India iaitu Manu Kumar Jain mengeluarkan kenyataan bahawa dia telah meninggalkan Xiaomi.

Mula berkhidmat sejak 2014, beberapa pencapaian dikongsikan beliau ialah kejayaan menjadikan Xiaomi sebagai jenama telefon pintar nombor 1 di India hanya dalam masa 3 tahun tanpa berbelanja untuk pengiklanan.

Image

Beliau juga berjaya menyediakan 50,000 pekerjaan di India melalui pengoperasian Xiaomi di negara itu.

Manu bermula sebagai pengurus Xiaomi India dan yang terkini ialah Timbalan Presiden Xiaomi Global.

Pada 2021, Manu meninggalkan India dan ke Dubai untuk menyertai pasukan antarabangsa Xiaomi.

Congratulations on such an incredible 9-year journey my dearest friend and colleague @manukumarjain. You led Xiaomi to astonishing heights, changed an industry, and built an incredible extended family in India in the process. I will always cherish our days together! ❤️ pic.twitter.com/l5AnyAmLMJ

— Hugo Barra (@hbarra) January 30, 2023

Hugo Barra yang pernah menabur bakti di Google, Meta dan Xiaomi membalas twit Manu dengan ucapan tahniah atas tempoh 9 tahunnya di syarikat tersebut.

Bercakap soal arah tujunya selepas ini, Manu berkata beliau akan mengambil sedikit masa untuk berehat sebelum menerima mana-mana tawaran.

Berkaitan

  • Timbalan Presiden Xiaomi Global Dipanggil Kerajaan India Untuk Siasatan Berkaitan Forex
  • Elon Musk Jadi Manusia Pertama 'Hilang' ~RM880 Bilion
  • CEO Xiaomi Kongsikan Pengalaman Epik Pengguna iPhone 12 Beralih Kepada Xiaomi 13
  • Selepas 5 Tahun, Takhta Xiaomi Di India Dirampas Samsung
  • Imej Didakwa Kereta Xiaomi Perlihat Logo MI Pada 'Sport Rim', Guna Brek Brembo

Nama beliau antara yang terkait berkenaan isu foreign exchange yang dikatakan melanggar undang-undang India. Antara yang disiasat ialah dakwaan berkaitan hubungan dan pembayaran royalti antara syarikat Xiaomi China dengan Xiaomi India.

Sumber: Manu Kumar Jain

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY