Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
manu kumar xiaomi india

Timbalan Presiden Xiaomi Global Dipanggil Kerajaan India Untuk Siasatan Berkaitan Forex

Diterbitkan April 15, 2022 · Dikemas kini April 15, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Sebuah agensi kerajaan India telah memanggil Manu Kumar Jain, bekas Ketua Xiaomi India untuk membantu siasatan berkaitan pengoperasian Xiaomi di negara tersebut.

Siasatan yang dijalankan sejak Februari lepas bertujuan untuk membongkar jika Xiaomi India mematuhi undang-undang India berkaitan pertukaran asing (foreign exchange).

Antara yang diselidik ialah termasuklah struktur dan kontrak Xiaomi India, pengilang dengan ibu syarikatnya di China, dana antara Xiaomi India dan syarikat induk, pembayaran royalti, pegangan saham, pendanaan asing dan lain-lain.

Manu yang kini Timbalan Presiden Xiaomi Global dan dilaporkan tinggal di Dubai sudah mendarat di India namun tidak dipastikan apakah ia berkaitan siasatan tersebut.

Pejabat Xiaomi di India sudah diserbu pihak berkuasa pada Disember lalu berkaitan tududan mengelak cukai. Jenama-jenama pengeluar telefon dari China yang lain juga turut sama diserbu waktu itu.

Kedua-dua pihak, Manu dan penguat kuasa tidak mengeluarkan sebarang kenyataan namun wakil Xiaomi memberitahu mereka sedang bekerjasama dengan agensi terbabit.

Xiaomi memegang takhta di India dengan pegangan pasaran 24% pada 2021, menurut Counterpoint Research. Samsung pula di tangga kedua dengan 19%.

Sumber dan foto utama: Reuters

Baca juga:

  • Pengguna Mungkin Kecewa Dengan Xiaomi, Pasarannya Mula Menurun Di Malaysia
  • Xiaomi 12 Ultra Mungkin Antara Peranti Terawal Guna Snapdragon 8 Gen 1 Plus
  • Xiaomi Terus Kuasai Pasaran, Untung Naik Pada Tahun 2021

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY