Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
elon musk cloud

Elon Musk Jadi Manusia Pertama ‘Hilang’ ~RM880 Bilion

Diterbitkan Januari 3, 2023 · Dikemas kini Januari 3, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Indeks Bilionair Bloomberg meletakkan Elon Musk sebagai manusia ke-2 terkaya hari ini dengan aset berjumlah $137 bilion (~RM607 bilion), di belakang tauke LV iaitu Bernard Arnault.

Jumlah $137 bilion memang besar untuk kita namun sebenarnya Elon Musk telah ‘kehilangan’ lebih daripada $200 bilion berbanding kekayaannya tahun lalu.

tesla

Beliau dikatakan rugi sebanyak $200 bilion kerana pada November 2021, Elon mencapai puncak kekayaan sehingga $340 bilion lantas menjadikannya manusia paling kaya di dunia.

Bukan itu saja, beliau juga menjadi manusia pertama di dunia yang direkodkan rugi lebih $200 bilion kekayaan.

Sebelum ini, Elon menjadi manusia ke-2 mencapai kekayaan lebih $200 bilion iaitu selepas Jeff Bezos.

Berkaitan

  • Ramai Tak Sedar, Ini Benda Wajib Anda Buat Sejurus Memiliki Kad TNG
  • "Perlukah Saya Berundur?" - Elon Musk Lancar Undian Di Twitter
  • Elon Musk Akan Letak Jawatan Sebagai CEO Twitter Sebaik Sahaja Jumpa Pengganti

Faktor pengurangan kekayaan ini dilaporkan berpunca daripada kejatuhan saham Tesla dan penjualan aset-asetnya. Dalam tahun 2022, saham Tesla didapati telah jatuh menjunam sebanyak 65%.

Bahkan, permintaan terhadap kereta Tesla juga menurun selain pengilangannya tidak mencapai sasaran 430,000 unit untuk suku ke-4 2022, menurut penganalisis, Refinitiv.

tesla_model 3

Untuk membeli Twitter saja, Elon telah menjual sahamnya dalam Tesla yang bernilai hampir $4 bilion.

Kini, Tesla bukan lagi aset terbesar Elon, menurut indeks kekayaan Bloomberg. Beliau memiliki pegangan sebanyak $44.8 bilion dalam SpaceX,  melebihi sahamnya dalam Tesla iaitu $44 bilion.

Sumber: Bloomberg, CNN

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY