Selepas 5 Tahun, Takhta Xiaomi Di India Dirampas Samsung

Mengikut statistik kajian Canalys, jualan industri telefon pintar di India telah menurun sebanyak 6% kepada 151.6 juta unit. Faktor utama yang dikesan adalah isu bekalan dan ekonomi global.



Pada suku keempat 2022, pasaran telefon pintar India mencatatkan penurunan 27% yang sungguh besar dengan hanya 32.4 juta unit terjual sahaja.

Pertama Kali, Samsung Di Kedudukan Teratas Pada Q4 2022 Lepas


Selain itu, Samsung mencatatkan penghantaran sebanyak 6.7 juta unit yang menguasai 21% pegangan pasaran di India.



Berbanding suku keempat tahun 2021 lepas, Xiaomi terpaksa menghadapi penurunan takhta buat kali pertamanya kepada Samsung. Pertumbuhan tahun-ke-tahun Xiaomi telah menurun sebanyak 40% pada Q4 2022 kepada 5.5 juta unit sahaja.

Kesannya, Xiaomi telah menurun ke kedudukan ketiga untuk suku keempat 2022 di pasaran telefon pintar India.

Xiaomi Kekal Nombor 1 Bagi Keseluruhan Tahun 2022 Di India


Walaupun Xiaomi telah diturunkan takhtanya oleh Samsung untuk suku keempat lepas, jenama itu kekal atau telah berada di tempat pertama dengan jumlah penghantaran 29.6 juta.



Hanya 1 juta sahaja perbezaan di hadapan Samsung, tetapi Xiaomi adalah jenama telefon pintar yang mencatatkan penurunan tahun-ke-tahun paling terjejas sekali, 26% berbanding yang lain di India.

{suggest}

Sumber: Gizmochina

Gambar utama: Gearrice