Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi 13 Pro

CEO Xiaomi Kongsikan Pengalaman Epik Pengguna iPhone 12 Beralih Kepada Xiaomi 13

Diterbitkan Januari 17, 2023 ยท Dikemas kini Januari 17, 2023 oleh ariff bukhari

CEO Xiaomi, Lei Jun menerusi laman sosial Weibo telah berkongsikan tangkap layar yang memaparkan perkongsian seorang pengguna iPhone 12 beralih kepada model telefon pintar Xiaomi 13.

Menerusi perkongsian itu, salah satu pengalaman epik yang dialami pengguna itu adalah kekuatan isyarat rangkaian Xiaomi 13 didapati jauh lebih baik berbanding iPhone 12 yang pernah digunakannya.

Ia berdasarkan pengalamannya ketika berada di dalam tandas.

Malah pengguna itu berkata peralihannya daripada peranti sistem iOS kepada Android dengan MIUI 14 tidak memberi masalah besar kepadanya.

Screenshot 2023-01-17 at 3.08.46 PM

Kredit: Weibo

Siri Xiaomi 13 telah pun dilancarkan pada Disember 2022 lalu menerusi 2 model iaitu Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro untuk pasaran China.

Siri Xiaomi 13 dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 2 yang dijangka bakal dibawa masuk ke pasaran Malaysia pada tahun ini tidak lama lagi.

Berkaitan

  • Siri Xiaomi 13 Dilancarkan - Cip Snapdragon 8 Gen 2 Dengan Kamera Leica
  • Lei Jun Sahkan Siri Xiaomi 13 Akan Hadir Untuk Pasaran Global Tidak Lama Lagi
  • Xiaomi 13 Pro Dilihat Kalahkan iPhone 14 Pro Dalam 'Gaming Test'

Sumber: GizChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY