Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kereta xiaomi ms11

Imej Didakwa Kereta Xiaomi Perlihat Logo MI Pada ‘Sport Rim’, Guna Brek Brembo

Diterbitkan Januari 30, 2023 · Dikemas kini Januari 30, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Jika anda ketinggalan, Xiaomi si pengeluar telefon pintar dan peranti rumah pintar kini sudah menjerumuskan diri ke dalam arena automotif namun belum melancarkan kereta pertama mereka lagi.

Pada tahun 2021, syarikat China itu telah menubuhkan Xiaomi Automobile. Kilang sendiri untuk mengeluarkan keretanya.

Imej Didakwa Kereta Xiaomi Perlihat Logo MI Pada ‘Sport Rim’, Guna Brek Brembo

CEO Xiaomi berkata kereta mereka akan mula dipasarkan seawal 2024.

Terbaru, portal-portal luar negara berkongsi imej yang didakwa kereta Xiaomi tersebut.

Imej Didakwa Kereta Xiaomi Perlihat Logo MI Pada ‘Sport Rim’, Guna Brek Brembo

Laporan mengatakan ia menggunakan nama kod MS11 manakala “Modena” sebagai nama rasmi apabila dilancarkan kelak.

Kalau kita lihat daripada gamabar-gambar ini, nampaknya kerata ini akan dilengkapkan dengan bumbung kaca dengan LiDAR di atas cermin depan dan kamera di atas tingkap belakang.

Imej Didakwa Kereta Xiaomi Perlihat Logo MI Pada ‘Sport Rim’, Guna Brek Brembo

Ia mempunyai pemegang pintu pop-up dan bingkai tingkap serba hitam.

Untuk baterinya pula, ia akan dibekalkan CATL dan BYD. Motor elektrik Modena pula dibangunkan dan dikeluarkan sendiri oleh Xiaomi.

xiaomi ms11 (3)

Foto yang menumpukan terhadap tayar pula memperlihat penggunaan caliper Brembo dan rotor yang besar.

Logo Xiaomi, “MI” pula diletakkan di tengah-tengah sport rim.

Imej Didakwa Kereta Xiaomi Perlihat Logo MI Pada ‘Sport Rim’, Guna Brek Brembo

Sebelum ini, Lei Jun berkata syarikat perlu mengeluarkan 10 juta unit kereta setahun jika mahu menjadi 5 teratas dalam dunia.

Sumber: CarNewsChina, Carscoops

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Kereta Elektrik Huawei Mungkin Diperkenalkan Hujung Tahun Ini
  • Projek Kereta Elektrik Xiaomi Alami Kesukaran Terima Kelulusan Lesen
  • Proton Mahu Lancarkan Kereta Elektrik Dalam Masa 5 Tahun
  • Xiaomi Mahu Keluarkan 10 Juta Unit Kereta Elektrik Setahun Untuk Jadi 'Top 5'
  • CES 2023: Sony Dan Honda Perlihatkan Konsep EV Afeela

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY