Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
oppo 240w

OPPO Lancar Siri OPPO Reno8 – 3 Model Diperkenalkan

Diterbitkan Mei 25, 2022 oleh Firdaus

Siri Reno7 baru sahaja dilancarkan beberapa bulan yang lalau. Kali ini OPPO memperkenalkan model Reno terbaru menerusi Reno8, Reno8 Pro dan Reno8 Pro+.

Ketiga-tiga model siri Reno8 tersebut dilengkapi paparan AMOLED, kamera utama 50MP, bateri sebesar 4,500mAh dan sokongan pengecasan pantas SuperVOOC 80W.

reno8 pro+
OPPO Reno8 Pro+

Berikut merupakan rangkuman ringkas akan spesifikasi untuk setiap model dalam siri Reno8.

OPPO Reno8 Pro+

Model Pro+ merupakan peranti paling berkuasa dalam siri ini.

OPPO reno8 Pro+

  • Mempunyai skrin berukuran 6.7 inci dengan paparan OLED 120Hz.
  • Kamera swafoto 32MP.
  • Peranti ternipis daripada OPPO.
  • Dikuasakan Dimensity 8100 Max (setanding Snapdragon 888).
  • Memori RAM LPDDR5 hingga 12GB dan storan UFS 3.1 256GB.
  • Kamera utama 50MP sensor Sony IMX766, kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 2MP.
  • Menggunakan ColorOS 12.1 berasaskan Android 12.
  • Bateri 4,500mAh dengan pengecas pantas SuperVOOC 80W.

OPPO Reno8 Pro+ akan datang dalam 3 warna, kelabu, hitam dan hijau. Peranti ini akan mula dijual pada 1 Jun ini di China pada harga CNY 3,699 (~RM2,450) untuk variasi 8GB/256GB dan CNY 3,999 (~RM2630) untuk variasi 12GB/256GB.

OPPO Reno8 Pro

OPPO Reno8 Pro merupakan telefon pintar pertama dengan cip pemprosesan baharu 4nm Qualcomm Snapdragon 7 Gen 1. Snapdragon 7 Gen 1 mampu mencapai kelajuan 2.4GHz dan dilengkapi GPU Adreno 662.

OPPO reno8 Pro

  • Mempunyai skrin berukuran 6.62 inci dengan paparan AMOLED 120Hz.
  • Kamera swafoto 32MP.
  • Dikuasakan Snapdragon 7 Gen 1 (cip premium dalam kelas pertengahan).
  • Memori hingga 12GB RAM dan storan UFS 2.2 128GB/256GB.
  • Kamera utama 50MP sensor Sony IMX766, kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 2MP.
  • Menggunakan ColorOS 12.1 berasaskan Android 12.
  • Bateri 4,500mAh dengan pengecas pantas SuperVOOC 80W.

OPPO Reno8 Pro pula bakal hadir dalam 3 pilihan warna, biru, hitam dan gradient colors. Model Pro ini akan mula dijual pada 11 Jun ini di China pada harga CNY 2,999 (~RM1,975) untuk variasi asas 8GB/128GB.

Tamabahan lagi, terdapat 2 lagi variasi 8GB/256GB pada harga CNY 3,199 (~RM2,100) dan 12GB/256GB yang akan dijual pada harga CNY 3,499 (~RM2,300).

OPPO Reno8 

OPPO Reno8 adalah model asas dalam siri Reno pada kali ini dan paling mampu milik antara yang lain.

OPPO reno8

  • Mempunyai skrin berukuran 6.43 inci dengan paparan AMOLED 90Hz.
  • Kamera swafoto 32MP.
  • Dikuasakan Dimensity 1300.
  • Memori 8GB/12GB RAM dan storan 128GB/256GB.
  • Kamera utama 50MP, kamera monokrom 2MP, kamera makro 2MP.
  • Menggunakan ColorOS 12.1 berasaskan Android 12.
  • Bateri 4,500mAh dengan pengecas pantas 80W.

Model asas OPPO Reno8 ini akan mula dijual pada 1 Jun depan di China. Reno8 diletakkan pada tanda harga CNY 2,499 (~RM1,645) untuk variasi 8GB/128GB dan CNY2,999 (~RM1975).

Sumber: GSMArena

Baca juga:

  • ASUS Jenama Pertama Dengan Monitor Kadar Segar Semula 500Hz
  • Papan Induk AM4 Tetap Akan Disokong Biarpun AM5 Telah Diumumkan
  • Siri AMD Ryzen 7000 Berasaskan Zen4 Rasmi – Prestasi CPU Mencapai 5.5GHz

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY