ASUS Jenama Pertama Dengan Monitor Kadar Segar Semula 500Hz

ASUS mengumumkan monitor baharu ASUS ROG Swift 500Hz yang menyokong kadar segar semula hingga 500Hz di Computex 2022. Terdapat 3 jenis panel utama seperti panel TN, LCD dan panel OLED yang menjadi pilihan jenama-jenama besar monitor.

https://www.youtube.com/watch?v=DC7mT7QqOAA&feature=emb_imp_woyt

Monitor ASUS ROG Swift 500Hz ini menggunakan panel TN, jadi ketajaman kontras dan ketepatan warna bukanlah kelebihan yang ada padanya. Hal ini demikian, ASUS ROG Swift 500Hz ini direka untuk permainan video yang memerlukan kadar segar semula yang tinggi.



Selain itu monitor ini merupakan kesinambungan daripada projek Nvidia dan pembuat monitor sejak 2013 apabila Nvidia memperkenalkan modul Nvidia G-Sync.

Hasilnya, mereka mencapai monitor dengar kemampuan untuk mengecapi kadar segar semula 500Hz. Secara tidak langsung mengalahkan rekod tertinggi sebelum ini pada 360Hz.

Ini merupakan perbandingan antara tetapan kadar segar semula yang tersedia di pasaran dengan 500Hz:



Setakat ini, ASUS hanya mengumumkan monitor baharu ini sahaja dan tidak memberi sebarang maklumat akan tarikh pelancarannya mahupun harga jualan. Tetapi, berdasarkan kemampuan monitor ini, usahlah kita berharap ia akan dijual pada tanda harga mampu milik.

Sumber: videocardz

Gambar utama: videocardz

Baca juga: