Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OpenAI Broadcom_1

OpenAI Sahkan Kerjasama Dengan Broadcom, Bakal Hasilkan Cip AI Sendiri

Diterbitkan Oktober 14, 2025 · Dikemas kini Oktober 14, 2025 oleh Amalina Athman

Seperti dilaporkan sebelum ini, OpenAI kini mengesahkan kerjasama dengan Broadcom bagi membangunkan pemproses kecerdasan buatan (AI) tersendiri yang direka oleh syarikat itu.

Langkah ini dilihat sebagai usaha penting untuk memastikan bekalan kuasa pengkomputeran mencukupi bagi menampung peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan AI.

Menurut OpenAI, pembangunan cip tersuai ini membolehkan pengetahuan dan pengalaman daripada pembangunan model AI tercanggih diintegrasikan terus ke dalam perkakasan, sekali gus membuka keupayaan baharu dalam prestasi dan kecekapan sistem AI.

Secara keseluruhan, kedua-dua syarikat itu akan bekerjasama untuk menghasilkan cip khas berkapasiti 10 gigawatt, satu jumlah tenaga yang dianggarkan setara dengan penggunaan elektrik lebih daripada 8 juta isi rumah di Amerika Syarikat.

Sebagai perbandingan, sebuah reaktor nuklear biasa hanya menghasilkan sekitar satu gigawatt tenaga.

We're partnering with Broadcom to deploy 10GW of chips designed by OpenAI.

Building our own hardware, in addition to our other partnerships, will help all of us meet the world’s growing demand for AI.https://t.co/3vLZFPO0jF

— OpenAI Newsroom (@OpenAINewsroom) October 13, 2025

Broadcom dijangka mula memasang rak peralatan pada separuh kedua tahun 2026, dan keseluruhan projek ini dijadualkan siap menjelang akhir tahun 2029.

Dalam perkembangan lain, OpenAI kini mencatat lebih 800 juta pengguna aktif mingguan, dengan kadar penggunaan yang meluas dalam kalangan perusahaan global, perniagaan kecil dan komuniti pembangun di seluruh dunia.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • OpenAI Dilapor Bakal Hasilkan Cip AI Sendiri, Kerjasama Dengan Broadcom
  • Nvidia Bakal Labur $100 Bilion Dalam OpenAI, Sokong Pusat Data AI 10 Gigawatt
  • OpenAI Lancar Ciri Kawalan Ibu Bapa Dalam ChatGPT
  • OpenAI Perkenal Sora - Aplikasi Video AI Mirip TikTok

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY