Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
openAI, chatgpt, AFP

OpenAI Lancar Ciri Kawalan Ibu Bapa Dalam ChatGPT

Diterbitkan September 30, 2025 · Dikemas kini September 30, 2025 oleh Amalina Athman

OpenAI kini melancarkan ciri kawalan ibu bapa untuk ChatGPT versi web, dengan sokongan untuk aplikasi mudah alih dijangka hadir tidak lama lagi.

kawalan ibu bapa ChatGPT_

Diumumkan awal bulan ini, ciri kawalan ibu bapa dalam ChatGPT memberi akses kepada beberapa tetapan penting berikut:

  • Kurangkan kandungan sensitif  – keupayaan menambah perlindungan tambahan untuk melindungi remaja, termasuk menapis kandungan grafik dan trend viral berbahaya. Tetapan ini diaktifkan secara default apabila akaun remaja dipautkan.
  • Memori – mengawal sama ada ChatGPT boleh mengingati perbualan terdahulu bagi menghasilkan jawapan yang lebih diperibadikan.
  • Latihan model – menentukan sama ada perbualan boleh digunakan untuk menambah baik model AI.
  • Waktu senyap – menetapkan tempoh tertentu di mana remaja tidak boleh menggunakan ChatGPT.
  • Suara – mematikan akses kepada mod suara.
  • Penjanaan imej – mematikan fungsi menjana atau menyunting imej dalam ChatGPT.

OpenAI Lancar Ciri Kawalan Ibu Bapa Dalam ChatGPT

Untuk menggunakan ciri kawalan ini, ibu bapa perlu mempunyai akaun sendiri, manakala remaja pula mesti memberikan persetujuan sama ada dengan menjemput ibu bapa untuk memautkan akaun atau menerima jemputan daripada ibu bapa.

Remaja juga boleh memutuskan pautan akaun pada bila-bila masa, tetapi ibu bapa akan dimaklumkan sekiranya ia berlaku.

Walaupun akaun sudah dipautkan, ibu bapa tidak akan mempunyai akses terus kepada perbualan anak mereka. Pengecualian hanya dibuat dalam kes yang jarang berlaku, di mana sistem bersama pasukan semakan terlatih mengesan tanda-tanda risiko keselamatan yang serius.

Dalam keadaan ini, ibu bapa mungkin akan dimaklumkan, tetapi hanya dengan maklumat minimum yang diperlukan untuk menyokong keselamatan remaja tersebut.

Introducing parental controls in ChatGPT.

Now parents and teens can link accounts to automatically get stronger safeguards for teens. Parents also gain tools to adjust features & set limits that work for their family.

Rolling out to all ChatGPT users today on web, mobile soon. pic.twitter.com/kcAB8fGAWG

— OpenAI (@OpenAI) September 29, 2025

Untuk maklumat lanjut, layari halaman kawalan ibu bapa ChatGPT.

Berkaitan

  • OpenAI Disaman, ChatGPT Didakwa Dorong Anak Bunuh Diri
  • OpenAI Respon Terhadap Kes Kematian Remaja
  • OpenAI Akan Tambah Fungsi Kawalan Ibu Bapa Pada ChatGPT
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY