Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OpenAI Sora apps_1

OpenAI Perkenal Sora – Aplikasi Video AI Mirip TikTok

Diterbitkan Oktober 1, 2025 · Dikemas kini Oktober 1, 2025 oleh Amalina Athman

OpenAI hari ini memperkenalkan Sora 2, model baharu penjana video AI yang hadir bersama aplikasi media sosial baharu dengan nama sama, Sora.

Aplikasi ini mirip TikTok dengan paparan video yang boleh digerakkan satu per satu. Namun, berbeza dengan konsep duet atau gabungan video biasa, pengguna boleh merakam klip pendek yang kemudiannya boleh digunakan orang lain untuk mencipta video AI baharu atau deepfake, dengan kebenaran pemilik asal.

OpenAI Sora apps_1

Dikuasakan oleh model Sora 2, aplikasi ini bukan sahaja membolehkan pengguna mencipta, mengolah semula (remix) dan menambah rakan-rakan sebagai “cameo“ dalam adegan, malah turut mampu menganalisis rupa serta suara seseorang dan meletakkannya ke dalam persekitaran yang dijana AI dengan lebih realistik.

This is the Sora app, powered by Sora 2.

Inside the app, you can create, remix, and bring yourself or your friends into the scene through cameos—all within a customizable feed designed just for Sora videos.

See inside the Sora app👇 pic.twitter.com/GxzxdNZMYG

— OpenAI (@OpenAI) September 30, 2025

Semua kandungan dipaparkan dalam suapan khusus yang direka khas untuk video Sora.

Sora 2 is here. pic.twitter.com/hy95wDM5nB

— OpenAI (@OpenAI) September 30, 2025

Selain visual, Sora 2 juga menyokong audio realistik termasuk pertuturan, bunyi latar semula jadi dan kesan bunyi khas untuk pengalaman lebih menyeluruh.

Ketersediaan

Buat masa ini, hanya pengguna iOS yang boleh mengakses aplikasi Sora melalui jemputan. Pengguna Android yang menerima jemputan pula perlu menggunakan Sora 2 melalui laman rasmi Sora.

OpenAI Sora apps_2

Pelancaran awal bermula di Amerika Syarikat dan Kanada, dengan perancangan untuk diperluaskan ke lebih banyak negara dalam masa terdekat.

Berkaitan

  • Makin Canggih, Ini Yang Menarik Tentang ChatGPT Agent
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • OpenAI Dijangka Lancar Aplikasi Mirip TikTok, Tapi Semua Video Dijana AI
  • OpenAI Lancar Ciri Kawalan Ibu Bapa Dalam ChatGPT

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY