Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP

OpenAI Dilapor Bakal Hasilkan Cip AI Sendiri, Kerjasama Dengan Broadcom

Posted on September 5, 2025

OpenAI, syarikat di sebalik ChatGPT, dilaporkan bakal melancarkan cip kecerdasan buatan (AI) pertamanya seawal tahun depan.

Langkah ini bertujuan mengurangkan kebergantungan terhadap Nvidia yang kini mendominasi pasaran cip AI.

Menurut sumber terdekat, cip tersebut dibangunkan bersama gergasi semikonduktor Amerika Syarikat, Broadcom. Ketua Pegawai Eksekutif Broadcom, Hock Tan, baru-baru ini menyebut pihaknya menerima komitmen pesanan bernilai AS$10 bilion (sekitar RM46 bilion) daripada pelanggan baharu yang kemudian disahkan sebagai OpenAI.

Cip baharu itu, digelar “XPU”, bakal digunakan secara dalaman oleh OpenAI untuk melatih dan mengendalikan model AI, termasuk GPT-5 yang semakin memerlukan kuasa pengkomputeran besar.

Sebelum ini, syarikat teknologi lain seperti Google, Amazon, dan Meta juga telah membangunkan cip khusus mereka sendiri bagi menangani lonjakan permintaan AI.

Broadcom sebelum ini pernah bekerjasama dengan Google menghasilkan cip TPU. Kini, perjanjian bersama OpenAI dijangka melonjakkan pertumbuhan perniagaan cip tersuai Broadcom, yang dilihat akan berkembang lebih pantas berbanding Nvidia menjelang 2026.

Walaupun Nvidia kekal sebagai peneraju GPU untuk AI, pertumbuhan jualannya mula perlahan berbanding ledakan awal gelombang pelaburan AI.

OpenAI pula dilihat semakin agresif meningkatkan kapasiti, dengan rancangan menggandakan pusat pengkomputerannya dalam tempoh lima bulan akan datang.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress