Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nvidia OpenAI_

Nvidia Bakal Labur $100 Bilion Dalam OpenAI, Sokong Pusat Data AI 10 Gigawatt

Diterbitkan September 23, 2025 ยท Dikemas kini September 23, 2025 oleh Amalina Athman

Nvidia akan melabur sehingga $100 bilion (~RM419 bilion) dalam OpenAI secara berperingkat, selain membekalkan cip pusat data kepada syarikat itu.

Kerjasama strategik ini membolehkan OpenAI membina dan mengendalikan sekurang-kurangnya 10 gigawatt pusat data AI menggunakan sistem Nvidia, yang melibatkan jutaan GPU bagi menyokong infrastruktur AI untuk melatih model baharu.

Fasa pertama dijangka beroperasi pada separuh kedua tahun 2026 melalui platform NVIDIA Vera Rubin, dengan penyediaan awal melibatkan 1 gigawatt sistem Nvidia.

“Segalanya bermula dengan kuasa pengkomputeran. Infrastruktur pengkomputeran akan menjadi asas kepada ekonomi masa depan, dan apa yang kami bina bersama Nvidia akan digunakan untuk mencipta pencapaian AI baharu serta memberi manfaat kepada orang ramai dan perniagaan pada skala besar,” kata CEO OpenAI Sam Altman.

Menurut laporan Reuters, perjanjian ini merangkumi dua transaksi berasingan tetapi saling berkaitan. Setelah dimuktamadkan, Nvidia akan melabur dalam OpenAI melalui pegangan saham tanpa hak mengundi, manakala dana yang diterima akan digunakan untuk membeli cip Nvidia.

OpenAI dan Nvidia menjangkakan butiran penuh kerjasama strategik itu akan dimuktamadkan dalam beberapa minggu akan datang.

Berkaitan

  • Nvidia Raih ~RM92 Bilion Hanya Dari Tiga Pelanggan Utama
  • Nvidia Hampir 100% Pegang Pasaran GPU Desktop Global
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • NVIDIA Dan Intel Bekerjasama Bangunkan PC Masa Depan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY