Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) memaklumkan, Observatori Negara Langkawi (ONL) telah berjaya merakam fenomena yang dikenali sebagai penjajaran planet (planetary parade / planetary alignment).
Ia merupakan satu fenomena di mana terdapat beberapa planet yang dapat dilihat seakan-akan membentuk garisan lurus di langit dari perspektif pemerhati di Bumi.
“Garis itu dipanggil ekliptik, dan ia mewakili satah sistem suria di mana planet-planet mengorbit mengelilingi Matahari.” NASA.
Peristiwa ini berlaku pada awal Januari 2025 dan akan dapat dilihat sehingga pertengahan bulan Februari 2025.
Planet-planet yang dapat dilihat dengan mata kasar adalah Zuhrah di langit barat (paling terang), Zuhal (di sebelahnya), Musytari (hampir tegak di atas kepala) dan Marikh di langit timur.
Waktu yang sesuai untuk melihatnya adalah selepas maghrib atau matahari terbenam sehingga sekitar pukul 9.00 malam.
MYSA menyatakan, terdapat juga planet Uranus pada masa tersebut tetapi ia hanya dapat dilihat dengan menggunakan alat bantuan optik seperti teleskop.
Pemerhati boleh menggunakan perisian seperti Sky Map, Sky Safari, Stellarium dan aplikasi peta bintang dalam telefon pintar bagi mengetahui kedudukan planet-planet ini ada di langit malam.
{suggest}