Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
1. KV – Device Image

Siri Galaxy S25 Kini Rasmi – Snapdragon 8 Elite for Galaxy, Harga Bermula RM3,999

Diterbitkan Januari 23, 2025 · Dikemas kini Januari 23, 2025 oleh Amalina Athman

Samsung secara rasmi kini melancarkan siri Galaxy S25. Meneruskan legasi tahun lalu, siri ini menampilkan tiga model, iaitu Galaxy S25, Galaxy S25+ serta Galaxy S25 Ultra yang menjadi model paling berkuasa.

Galaxy S25 Ultra

Sebagai model paling berkuasa dalam siri ini, Galaxy S25 Ultra hadir dengan janaan cip Snapdragon 8 Elite for Galaxy yang dibina berasaskan teknologi 3nm. Ia digandingkan bersama konfigurasi memori 12GB RAM dan storan sehingga 1TB.

Galaxy S25 series_1

S25 Ultra dilengkapi skrin Dynamic AMOLED 2X bersaiz 6.9-inci dengan resolusi QHD+, sokongan kadar segar semula 1-120Hz, maksimum kecerahan 2,600 nit serta mempunyai perlindungan Corning Gorilla Armor 2.

Dari segi kemampuan fotografi, S25 Ultra membawakan spesifikasi seperti berikut:

  • 200MP utama (OIS, f/1.7)
  • 50MP telefoto (5x zum optikal)
  • 10MP telefoto (3x zum optikal)
  • 50MP ultra lebar 

Berbanding 12MP pada tahun lalu, lensa ultra lebar kini dinaik taraf kepada 50MP. Sementara kamera swafoto hadir dengan lensa 12MP.

Galaxy S25 series_11

Untuk rakaman dan suntingan video, siri Galaxy S25 menyokong 10-bit HDR, Galaxy Log, Virtual Aperture dengan Expert RAW, Audio Eraser, Portrait Studio yang dipertingkatkan serta Filters dengan gaya-analog.

Bagi menghidupkan peranti, model ini dibekalkan bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan 45W berwayar. Tetapi seperti biasa, ia tidak disertakan dalam kotak dan perlu dibeli secara berasingan.

Galaxy S25 series_9

Lain-lain termasuk sokongan Galaxy AI, sambungan Wi-Fi 7, rangkaian 5G, Bluetooth 5.4, penarafan IP68, menjalankan One UI 7 berasaskan Android 15 serta sokongan sistem operasi dan kemas kini keselamatan selama 7 tahun.

Siri Galaxy S25 Kini Rasmi – Snapdragon 8 Elite for Galaxy, Harga Bermula RM3,999
Siri Galaxy S25 Kini Rasmi – Snapdragon 8 Elite for Galaxy, Harga Bermula RM3,999

Empat pilihan warna tersedia iaitu Titanium Silverblue, Titanium Gray, Titanium Whitesilver dan Titanium Black. Sementara tiga lagi pilihan warna ditawarkan eksklusif untuk pembelian dalam talian iaitu Titanium Jadegreen, Titanium Pinkgold dan Titanium Jetblack.

Galaxy S25+

Galaxy S25 series_3

Beralih ke Galaxy S25+, peranti ini dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite for Galaxy. Dengan RAM sebesar 12GB, ia ditawarkan dengan pilihan storan sehingga 512GB.

S25+ mempunyai skrin Dynamic AMOLED 2X berukuran 6.7-inci dengan resolusi QHD+ yang juga menyokong kadar segar semula 1-120Hz.

Sama seperti tahun lalu, peranti ini didatangkan dengan 50MP utama (OIS), 12MP ultra lebar, 10MP telefoto (3x zum optikal) serta 12MP kamera swafoto.

Galaxy S25 series_4

Pada bahagian dalam, S25+ dimuatkan bateri sebesar 4,900mAh yang mampu menyokong pengecasan berkelajuan sehingga 45W berwayar.

Siri Galaxy S25 Kini Rasmi – Snapdragon 8 Elite for Galaxy, Harga Bermula RM3,999
Siri Galaxy S25 Kini Rasmi – Snapdragon 8 Elite for Galaxy, Harga Bermula RM3,999

Selain itu, model ini dilengkapi sokongan Galaxy AI, rangkaian 5G, sambungan Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4, penarafan IP68 serta menjalankan One UI 7. S25+ ditawarkan dengan tujuh pilihan warna iaitu Navy, Icyblue, Mint, Silver Shadow, Blueblack, Coralred dan Pinkgold.

Galaxy S25

Siri Galaxy S25 Kini Rasmi – Snapdragon 8 Elite for Galaxy, Harga Bermula RM3,999

Menjadi model standard, Galaxy S25 dilengkapi skrin lebih kecil bersaiz 6.2-inci dari jenis Dynamic AMOLED 2X dengan resolusi FHD+ serta sokongan kadar segar semula 1-120Hz.

Sama seperti kedua-dua model yang lain, S25 juga hadir dengan janaan cip Snapdragon 8 Elite for Galaxy, bersama konfigurasi memori 12GB dan storan sehingga 512GB.

Model ini diisi dengan kapasiti bateri 4,000mAh bersama sokongan pengecasan 25W berwayar.

Galaxy S25 series_10

Kebanyakan spesifikasi termasuk kamera, sambungan Wi-Fi 7, rangkaian 5G, pilihan warna dan lain-lain sama sahaja dengan model S25+.

Harga dan ketersediaan

Semua model Galaxy S25 didatangkan dengan 6 bulan Gemini Advanced dan 2TB storan awan – tanpa kos tambahan. Berikut merupakan harga yang tersedia untuk pasaran Malaysia:

Galaxy S25

  • 12GB + 256GB – RM3,999
  • 12GB + 512GB – RM4,599

Galaxy S25+

  • 12GB + 256GB – RM4,999
  • 12GB + 512GB – RM5,599

Galaxy S25 Ultra

  • 12GB + 256GB – RM5,999
  • 12GB + 512GB – RM6,599
  • 12GB + 1TB – RM7,799

Siri Galaxy S25 Kini Rasmi – Snapdragon 8 Elite for Galaxy, Harga Bermula RM3,999

Dari 23 Januari hingga 13 Februari 2025, setiap prapesan siri Galaxy S25 akan menikmati tawaran bernilai sehingga RM1,600. Dapatkan peningkatan storan berganda bernilai sehingga RM600 untuk model terpilih dan nikmati potongan sehingga RM400 apabila membuat pembayaran dengan kad bank CIMB.

Prapesan sudah boleh dibuat mulai sekarang di laman web Samsung Malaysia.

Berkaitan

  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Samsung Perkenal Saiz Baharu Galaxy Ring, Akan Hadir Ke Pasaran Malaysia Tahun Ini
  • Snapdragon® 8 Elite for Galaxy S25 Tawar Pengalaman 'Gaming' Dipertingkat
  • Galaxy S25 Ultra Perkenalkan Corning® Gorilla® Armor 2, Mampu Tahan Jatuh Setinggi 2.2 meter

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY