Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Observatori Negara Langkawi Berjaya Rakam Imej Komet Paling Terang Dalam Tempoh 20 Tahun

Posted on Januari 17, 2025Januari 17, 2025

Observatori Negara Langkawi (ONL) telah berjaya merakam imej Komet C/2024 G3 (ATLAS) ketika komet itu mencapai perihelion pada 13 Januari lalu dengan jarak 0.09 AU atau sekitar 13,462,808.37 km dari Matahari.

Ketika ini, ia sedang menjauh dari Bumi dengan jarak dianggarkan sekitar 151 juta km.

Komet ini telah dijumpai oleh sistem peninjau Asteroid Terrestrial-impact Last Alert System (ATLAS) di Rio Hurtado, Chile pada 5 April 2024 dengan menggunakan teleskop bersaiz 0.5 meter.

Komet C/2024 G3 (ATLAS) ini dijangka menjadi komet yang paling terang sejak 20 tahun kebelakangan sehingga mampu dilihat dengan mata kasar dan boleh dicerap menggunakan teleskop pada siang hari.

Pada masa penemuannya, komet itu berada pada jarak 407 juta batu (655 juta km) dari Bumi.

Komet C/2024 G3 (ATLAS) telah dipastikan bahawa ia sebenarnya adalah komet lama yang dinamik di mana ia sekurang-kurangnya telah menghampiri Matahari sekali dengan tempoh orbit kira-kira 160,000 tahun.

Gambaran kedudukan Komet C/2024 G3 (ATLAS) ketika ini.

Agensi Angkasa Malaysia menyatakan, komet ini boleh dicerap pada siang hari dengan menggunakan teleskop.

la juga boleh dilihat dengan mata kasar bermula pada 14 Januari sehingga 19 Januari 2025 yang berada rendah di ufuk Barat semasa Matahari terbenam.

Kecerahan komet ini dianggarkan boleh mencapai sehingga -3.8 Magnitud yang secerah planet Zuhrah pada 14 Januari.

Semakin komet ini menjauhi Bumi, kecerahannya juga semakin berkurangan malap dengan cepat.

Namun perlu diingatkan kedudukan komet ini adalah dekat dengan matahari dan boleh jadi merbahaya kepada pencerap yang tidak mahir.

Oleh itu, adalah disarankan untuk mengambil langkah keselamatan kerana kesilapan dalam menjalankan pencerapan komet ini pada siang hari berpotensi mendatangkan bahaya bukan sahaja kepada instrumentasi, malah kepada pencerap.

{suggest}

Sumber: MYSA, TheSkyLive, Space

Imej utama: Don Pettit/NASA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress