Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article (32)

nubia Z60 Ultra Photographer Edition, Ada Ciri AI Mirip Samsung

Diterbitkan April 3, 2024 oleh Muhd Idham

Syarikat teknologi nubia kini telah membawa reka bentuk baharu yang berkonsepkan kamera fotografi untuk sebuah produk telefon pintarnya iaitu nubia Z60 Ultra.

nubia Z60 Ultra Photographer Edition_11

‘Photographer’, nama yang diberikan untuk edisi khas ini dilengkapi dengan dua ciri menarik iaitu NeoVision AI Imaging dan kemasan kamera retro Vegan Leather di bahagian panel belakangnya.

Berdasarkan kenyataan daripada pihak nubia, Z60 Ultra Photographer ini mampu untuk menampilkan kualiti yang seakan-akan Samsung S24 Ultra di mana ciri kecerdasan buatannya mampu untuk memadam objek di dalam gambar.

nubia Z60 Ultra Photographer Edition_2

Selain itu, ia juga boleh menterjemahkan percakapan antara dua individu semasa di dalam talian yang menggunakan pelbagai jenis bahasa sama ada untuk panggilan suara ataupun video.

Jumlah bahasa yang boleh diterjemahkan tidak dinyatakan.

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Kami Uji Kamera HONOR Magic6 Pro, Ini Hasilnya
  • Tiga Tahun Lagi, Warga Pantai Timur Boleh Balik Raya Guna ECRL

Spesifikasi dalaman yang lain masih sama seperti ia mula dilancarkan iaitu cip Snapdragon 8 Gen3 yang digandingkan dengan memori 16GB RAM LPDDR5 serta storan 512GB UFS 4.0.

Selain itu, skrinnya yang tampil dengan jenis AMOLED bersaiz 6.8 inci pada resolusi 2480 x 1116 dan kadar segar semula 120Hz.

Kamera pula terdiri daripada 50MP utama yang dilengkapi sensor Sony IMX800, 50MP ultra lebar, 64MP telefoto dan 12MP swafoto.

Untuk bateri, ia berkapasiti 6,000mAh dan lengkap dengan pengecasan 80W berwayar.

Bagi anda yang berminat untuk membeli nubia Z60 Ultra edisi ‘Photographer’ yang hanya tersedia dari 4 April 2024 hingga 3 Mei 2024 ini, sila pergi ke pautan yang disediakan di bawah kerana harga promosi RM3,699 ini hanya tersedia untuk pembelian melalui platform Lazada sahaja.

Beli di Lazada – https://invol.co/clkya41

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Kami Uji Kamera HONOR Magic6 Pro, Ini Hasilnya
  • Tiga Tahun Lagi, Warga Pantai Timur Boleh Balik Raya Guna ECRL

Sumber: Siaran Media nubia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY