Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tiga Tahun Lagi, Warga Pantai Timur Boleh Balik Raya Guna ECRL

Tiga Tahun Lagi, Warga Pantai Timur Boleh Balik Raya Guna ECRL

Diterbitkan April 3, 2024 · Dikemas kini April 3, 2024 oleh Amalina Athman

Kementerian Pengangkutan (MOT) yakin Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dapat disiapkan mengikut jadual pada Disember 2026 dan beroperasi bermula Januari 2027. Sekali gus, ia dapat menjimatkan masa perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan ke Kuala Lumpur dalam masa empat jam.

Berkaitan

  • Tiga Projek Mega Akan Diteruskan - Anthony Loke
  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata projek berkenaan telah mencatat kemajuan sebanyak 64% setakat Mac 2024 bagi keseluruhan jajaran yang merangkumi empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.

Loke berkata kerja-kerja pengorekan Terowong Berkembar Genting sepanjang 16.39km dengan kombinasi kaedah “gerudi dan letup” berserta mesin pengorek terowong telah mencapai kedalaman melebihi 8km bagi kedua-dua bahagian terowong.

Tambahnya lagi, kerja-kerja jambatan projek ECRL juga berjalan lancar dengan pemasangan rasuk jejambat untuk 155 jambatan daripada jumlah keseluruhan 219 jambatan, telah berjaya disempurnakan setakat Februari 2024.

Beliau berkata kerja-kerja pemasangan landasan sejauh 92km telah siap pada akhir Februari 2024, iaitu sebulan lebih awal daripada yang dijadualkan.

Justeru, mesin pemasangan trek model ‘CCPG-500A’ yang canggih serta julung kali diguna pakai dalam industri rel di Malaysia, telah mula melaksanakan kerja-kerja pemasangan landasan ECRL bagi fasa kedua dari Kuantan Port City ke Maran di Pahang sejak 9 Mac lepas.

Sumber: BERNAMA

Gambar utama: MRL

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY