Kami Uji Kamera HONOR Magic6 Pro, Ini Hasilnya

Setakat yang saya perhati, HONOR Magic6 Pro merupakan antara peranti yang ditunggu-tunggu ramai orang, terutama di Malaysia.

Ini kerana siri HONOR Magic mempunyai statusnya tersendiri dalam segmen andalan (flagship). Ia tidak memfokuskan pada satu sudut sahaja tetapi secara keseluruhan.

Untuk tahun ini, HONOR bukan sahaja mempertaruhkan bateri atau skrin sahaja, mereka turut memberikan tumpuan utama pada kamera khususnya lensa telefoto periskop.

Oleh itu, artikel ini bukanlah nak ulas penuh kerana saya telah berbuat demikian di SINI. Kalau anda berada di sini dan memang nak tahu hasil gambar dari Magic6 Pro, anda berada di tempat yang betul.

Dalam artikel kali ini, saya akan berkongsikan kepada anda dan mengulas sedikit sebanyak terhadap gambar yang diberikan HONOR Magic6 Pro.

Buat pengetahuan, kebanyakan gambar adalah diambil semasa saya berada di Barcelona untuk acara pelancaran global HONOR Magic6 Pro dan juga kongres mudah alih dunia (MWC 2024).

*Ini adalah hasil gambar berdasarkan kemas kini MagicOS versi 8.0.0.119

{suggest}

https://www.youtube.com/watch?v=20IXS9MEpJs

Kamera Utama




Kalau ada yang terlupa, HONOR Magic6 Pro ada tiga kamera belakang, sudut lebar, ultra lebar dan telefoto periskop. Setiap perincian jarak fokus telah saya bincangkan di SINI.

Seperti yang saya katakan sebelum INI, gambar daripada kamera utama Magic6 Pro tidak banyak masalah.



HDR lebih baik, perincian gambarnya, tidaklah terlalu sharp dan warnanya pun saya suka. Cuma, bab warna ini kena ikut cita rasa masing-masing. Macam saya, memang selalu menggunakan filter Authentic. Kadangkala naturalFilter vibran jarang sekali.



Bagaimanapun, gambar potretnya bagi saya ada masa tak cantik. Ia kadangkala kurang kemas, hasil warna pun saya kurang berpuas hati. Nasib baiklah peranti ini masih tak memberikan tona warna kulit yang pelik.



Namun, tidaklah saya kata mod potretnya hancur. Saya boleh katakan ia mengikut situasi. Ada masa ia memang cantik, ada masa kurang. Kalau anda tanya saya, mod potret yang saya paling minat buat masa sekarang adalah yang ada pada vivo X100 Pro.


Kamera Ultra Lebar




Saya jarang mengambil gambar ultra lebar kerana kadangkala saya perlu berfikir lebih sikit untuk melakukan komposisi gambar sebegini.

Apa saya boleh kata, gambar ultra lebar Magic6 Pro kadangkala saya rasa macam pelik. Ini kerana tiba-tiba HDR lari sikit. Disebabkan itu, warna yang diberikan ada ketika kurang memuaskan.

Kamera Telefoto Periskop




Bagi kamera telefoto periskop, zum sehingga 10x sahaja yang saya boleh sarankan untuk guna. Ini kerana zum melebihi daripada itu, ia teruk dan tidak boleh digunakan.



Jarak fokus lain memang baik. Boleh juga nak guna dengan mod motion sensing capture, iaitu mod dengan shutter speed lebih pantas untuk ambil foto objek yang bergerak.



Cuma, suka untuk saya ingatkan yang kamera periskop Magic6 Pro ini sama 'penyakit' seperti potret, ia kurang konsisten. Paling ketara adalah apabila pertukaran lensa berlaku, warna pada gambar boleh lihat perubahannya.

Saya ulang kembali, ada masa ia cantik dan ada masa ia tak memuaskan hati. Macam dalam ulasan saya sebelum ini, HONOR perlu memberikan kemas kini untuk membetulkan kualitinya.

Kamera Swafoto




Gambar swafoto peranti ini saya boleh puji. Ia taklah membuatkan muka saya jadi terlalu cantik atau membuatkan tona kulit pelik atau kemerah-merahan.

Apa saya nampak, ia setanding juga dengan kamera swafoto iPhone 15 Pro. Kawalan pencahayaan, perinciannya masih lagi cantik. Ini termasuk juga dengan rakaman video.

Gambar Malam




Untuk waktu malam atau kurang cahaya, ia tidaklah tiba-tiba sengaja terangkan kawasan tersebut umpama sudah siang.



Gambar malamnya tetap cantik dan suar lensa apabila kita berada di kawasan lampu pun tidaklah teruk. Masih lagi kemas, hingar yang minimum dan cukup memuaskan.

Walaupun ia tak setanding Samsung Galaxy S24 Ultra, vivo X100 Pro atau Xiaomi 14 Ultra tetapi hasilnya masih boleh dipuji.

Kesimpulan


Apa yang saya boleh simpulkan untuk kamera pada HONOR Magic6 Pro, ia masih lagi sebuah peranti yang mampu memberikan hasil gambar yang baik dan juga untuk rakaman video.

Namun, saya sedikit kecewa dengan hasil yang tak konsisten dan juga lensa telefoto periskopnya. Saya mengharapkan ia jauh lebih baik daripada peranti lain.

Akan tetapi, mungkin disebabkan perisian yang tak berapa sedap, ia menjejaskan sedikit kualiti gambar HONOR Magic6 Pro.

Ada juga saya perasan di komen-komen, mereka tak tahu nak pilih vivo X100 Pro atau HONOR Magic6 Pro. Saya boleh cakap yang ikut apa yang anda mahu.

Sekiranya anda betul-betul nak fokus fotografi, saya sarankan vivo X100 Pro kerana hasilnya lebih konsisten dan bagi saya ia adalah "kamera ada telefon" terbaik buat masa sekarang.

Sebaliknya, jika anda mahu yang seimbang, baik dari segi kamera, skrin, bateri, perisian lebih baik, harga seakan-akan vivo, boleh pilih HONOR Magic6 Pro. Untuk harga sebegini dan juga apa yang ditawarkan, ia masih berbaloi.

Beli HONOR Magic6 Pro di:

Shopee – https://invl.io/clkvq48

Lazada – https://invol.co/clkvnoq