Nissan Motor Corporation (Nissan) telah membangunkan cat inovatif yang akan menjadikan kenderaan sejuk walau di bawah cahaya matahari yang terik.
Menggabungkan teknologi termal metamaterial, bahan komposit sintetik dengan struktur yang mempamerkan sifat yang biasanya tidak ditemui di alam semula jadi, cat sejuk Nissan mengurangkan pemindahan haba ke permukaan kemderaan seperti bumbung, hud dan panel serta memberikan bahagian dalaman yang lebih sejuk.
Teknologi ini menggunakan dua jenis zarah mikrostruktur di mana satu memantulkan sinaran inframerah, manakala satu lagi menghasilkan gelombang elektromagnetik yang mengarahkan tenaga matahari kembali ke atmosfera.
Kesan paling ketara berlaku apabila kenderaan diparkir lama di bawah matahari, mengurangkan keperluan penggunaan penghawa dingin dan beban pada enjin atau bateri dalam kenderaan elektrik.
Ujian yang diperlihatkan di Terminal Udara Antarabangsa Tokyo pada Ogos 2024 lalu menunjukkan, cat ini mampu menurunkan suhu permukaan luar sehingga 12°C dan suhu kabin hingga 5°C berbanding cat biasa.
Masih dalam peringkat percubaan, teknologi ini adalah sebahagian daripada usaha meluas Nissan untuk mewujudkan masyarakat yang lebih bersih dan mampan.
{suggest}
Sumber: Nissan