Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
cat putih

Cat Paling Putih Ini Boleh Pantul Sehingga 98.1% Cahaya Matahari

Diterbitkan Ogos 16, 2024 · Dikemas kini Ogos 16, 2024 oleh ariff bukhari

Penyelidik telah mencipta cat paling putih yang pernah ada dan mereka fikir ia boleh membantu melawan planet yang semakin panas.

Malah cat paling putih terbaru ini telah mengatasi cat ultraputih yang didedahkan oleh kumpulan penyelidik yang sama di Universiti Purdue pada Oktober 2020 dahulu.

Cat itu juga dilaporkan boleh menyejukkan bangunan sama seperti penghawa dingin dalam kajian mereka.

Pasukan penyelidik itu berkata, jika cat itu meliputi bumbung seluas 1,000 kaki persegi (93 meter persegi), ia akan mempunyai kuasa penyejukan kira-kira 10 kilowatt.

cat putih 1
Kamera inframerah menunjukkan cara sampel cat putih paling putih (segi empat sama ungu gelap di tengah) sebenarnya menyejukkan papan di bawah suhu ambien, sesuatu yang tidak dilakukan walaupun cat biasa.

“Itu lebih berkuasa daripada penghawa dingin pusat yang digunakan oleh kebanyakan rumah,” Xiulin Ruan, pengarang kanan kertas kajian yang juga seorang profesor kejuruteraan mekanikal di Universiti Purdue di Indiana.

Kuasa penyejukan cat itu datang daripada keupayaannya yang mengagumkan untuk memantulkan cahaya matahari.

Cat yang tersedia secara komersial yang direka khusus untuk “menyejukkan,” memantulkan kira-kira 80% hingga 90% cahaya matahari, tetapi mereka tidak boleh menyejukkan permukaan kepada suhu yang lebih rendah daripada persekitarannya, menurut kenyataan itu.

Cat ultraputih baharu itu pula sebaliknya, memantulkan 98.1% cahaya matahari — lebih banyak daripada pemegang rekod sebelum ini yang memantulkan 95.5% sahaja.

Cat putih ini adalah hasil daripada enam tahun penyelidikan yang kembali semula ke tahun 1970-an untuk percubaan membangunkan cat penyejukan sinaran sebagai alternatif yang boleh dilaksanakan kepada penghawa dingin tradisional.

Sumber: EurekAlert!, Live Science

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Saintis Jepun Dedah Warna Baju Yang Paling Banyak Serap Haba
  • Kelajuan 5G-Advanced Dicapai CelcomDigi, U Mobile Dan ZTE Didakwa Terpantas Di Dunia Pada Masa Ini
  • Kena Cepat, Anda Boleh Jimat Sehingga RM800 Kalau Beli Siri iPhone 15 Di Kedai Ini
  • iPhone Akan Gantikan Sistem VAR Di Liga Perdana Inggeris

Terbaru

  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
©2026 WISER.MY