Beberapa perkhidmatan perbankan dalam talian di Amerika Syarikat (AS) dilaporkan mengalami gangguan pada Isnin, menurut laman pemantauan Downdetector.
Antara perkhidmatan yang terjejas termasuk Bank of America, JPMorgan Chase dan aplikasi pemindahan wang Zelle.
Dalam kenyataan di platform X, JPMorgan Chase mengesahkan pihaknya “mengalami masalah sementara berkaitan pepijat perisian dalam sistem perkakasan di premis sendiri”, sambil menegaskan “tiada bukti yang menunjukkan isu ini berkaitan dengan serangan siber“.
Bank itu turut menjelaskan, “bagi transaksi yang melibatkan bank lain dan kami turut menjadi sebahagian daripadanya, bank-bank berkenaan mungkin turut terjejas. Namun, ini bukan masalah sistemik”.
JPMorganChase has experienced a temporary issue related to a software bug in on-premise hardware systems – there is no evidence this is cyber-related. It is taking longer than usual to service some customers.
Where we were party to a transaction involving other banks, those…
— Chase (@Chase) November 16, 2026
Gangguan itu pada awalnya mencetuskan kebimbangan mengenai kemungkinan berlakunya serangan siber, terutama ketika beberapa insiden keselamatan melibatkan institusi kewangan dan platform digital dilaporkan sejak kebelakangan ini.
Bulan lalu, platform mata wang kripto Binance menjadi mangsa penggodaman yang melibatkan kecurian dana bernilai AS$6.3 bilion, sekali gus disifatkan sebagai kes penggodaman terbesar dalam sejarah industri mata wang kripto.
Terbaharu, bank Perancis Credit Mutuel Arkea turut menjadi sasaran serangan siber yang mengakibatkan kerugian kira-kira 100 juta euro. – AFP
