Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nintendo Umum Kenaikan Harga Konsol, Switch Online

Nintendo Umum Kenaikan Harga Konsol, Switch Online

Diterbitkan Mei 8, 2026 · Dikemas kini Mei 8, 2026 oleh Amalina Athman

Nintendo kini mengumumkan kenaikan harga untuk produk dan perkhidmatannya, termasuk konsol Nintendo Switch serta langganan Nintendo Switch Online di beberapa pasaran utama dunia.

Di Jepun, Nintendo Switch 2 (versi bahasa Jepun) meningkat sekitar 20%, daripada ¥49,980 kepada ¥59,980 bermula 25 Mei 2026. Model Nintendo Switch sedia ada turut menerima kenaikan harga, termasuk Switch OLED, Switch standard dan Switch Lite.

Nintendo Umum Kenaikan Harga Konsol, Switch Online

Bagi pasaran Amerika Syarikat, Kanada dan Eropah pula, harga Nintendo Switch 2 akan dinaikkan bermula 1 September 2026. Nintendo turut mengesahkan pelarasan harga ini akan diperluaskan ke pasaran lain, dengan maklumat lanjut akan diumumkan mengikut pasaran masing-masing.

harga Nintendo Switch 2 naik_3

Walaupun Nintendo tidak menyebut rantau Asia Tenggara secara khusus, perkembangan ini memberikan gambaran bahawa pasaran seperti Malaysia, Singapura dan Thailand akan turut terkesan sekiranya kenaikan harga diperluaskan ke rantau ini.

Selain konsol, Nintendo juga menaikkan harga langganan Nintendo Switch Online di Jepun dan Korea Selatan. Menurut syarikat itu, langkah tersebut dibuat bagi memastikan penyelarasan harga yang lebih sesuai antara pasaran global.

Nintendo Umum Kenaikan Harga Konsol, Switch Online

Kenaikan ini diumumkan ketika industri permainan video terus berdepan peningkatan kos operasi serta ketidaktentuan ekonomi global. Sebelum ini, Sony turut menaikkan harga konsol PlayStation di beberapa negara termasuk Malaysia.

Sebagai rujukan, Nintendo Switch 2 ketika ini ditawarkan pada harga RM2,288 untuk pasaran Malaysia.

Berkaitan

  • Nintendo eShop Kini Tersedia Di Malaysia - Keahlian Switch Online Bermula RM13
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • 'Game' Nintendo Switch 2 Sah Ada Beza Harga Antara Versi Digital & Fizikal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY