Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Yoshi™ and the Mysterious Book

‘Game’ Nintendo Switch 2 Sah Ada Beza Harga Antara Versi Digital & Fizikal

Diterbitkan Mac 26, 2026 oleh Amsyar Latif

Membeli game untuk Nintendo Switch 2 nanti mungkin akan jadi sedikit berbeza. Menerusi pengumuman terbaru daripada Nintendo, mereka mengesahkan yang harga cadangan (MSRP) bagi judul digital eksklusif untuk konsol tersebut tidak akan sama dengan versi fizikal.

Perubahan ini akan bermula secara rasmi pada Mei 2026, di mana game Yoshi and the Mysterious Book bakal menjadi judul pertama yang menggunakan struktur harga baharu ini. Versi digital $59.99 (~RM238), sementara fizikal $69.99 (~RM278).

Menurut Nintendo, langkah ini diambil kerana kos pengeluaran dan pengedaran bagi setiap format adalah berbeza.

Walaupun isi kandungan game tetap sama tak kira anda beli cartridge atau muat turun, Nintendo nampaknya mahu memberi lebih banyak pilihan kepada pemain dari segi cara pembelian.

Selain itu, rakan runcit (kedai game) juga masih bebas untuk menetapkan harga jualan mereka sendiri untuk kedua-dua versi tersebut.

Melalui pengumuman tersebut, kebanyakan syarikat besar sudah memang bergerak ke arah digital sepenuhnya. Saya sebagai pemain konsol juga nampak perkara tersebut.

Sebagai contoh, Xbox cukup rancak dengan servis langganan Game Pass. Saya sendiri pun sudah lupa bila kali terakhir saya membeli game fizikal disebabkan faktor harga yang makin tinggi.

Berkaitan

  • Nintendo eShop Kini Tersedia Di Malaysia - Keahlian Switch Online Bermula RM13
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Selamat Tinggal PSN? Sony Dilaporkan Bakal Tukar Penjenamaan PlayStation Network

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY