Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nintendo eShop Malaysia

Nintendo eShop Kini Tersedia Di Malaysia – Keahlian Switch Online Bermula RM13

Diterbitkan November 18, 2025 · Dikemas kini November 18, 2025 oleh Amalina Athman

Seperti dimaklumkan sebelum ini, Nintendo eShop kini boleh diakses pada Nintendo Switch 2 dan Nintendo Switch di Malaysia, Singapura dan Thailand.

Dengan sambungan internet, Nintendo eShop membolehkan pengguna membeli permainan digital yang tidak ditawarkan dalam bentuk fizikal, serta kandungan tambahan seperti tahap baharu, watak, item dan lain-lain.

Nintendo eShop SEA_1

Jika sesuatu permainan menawarkan versi demo, pengguna boleh mencuba sebahagian permainan sebelum membuat pembelian melalui butang “Download Demo” di halaman butiran produk.

Halaman Nintendo eShop menampilkan pelbagai ciri seperti “Highlights” untuk permainan terpilih, carian permainan mengikut tajuk atau genre, For You untuk cadangan permainan berdasarkan minat, Wish List, serta kedudukan permainan paling popular.

Nintendo eShop SEA_2
Nintendo eShop SEA_5
Nintendo eShop SEA_4
Nintendo eShop SEA_3

Selain membeli permainan, eShop juga menyediakan maklumat terkini tentang permainan baharu, tawaran diskaun, pendaftaran keahlian Nintendo Switch Online, serta ciri tambahan seperti permainan dalam talian, GameChat (hanya Nintendo Switch 2) dan sandaran Save Data Cloud.

Keahlian Nintendo Switch Online

Di Malaysia, keahlian Nintendo Switch Online ditawarkan pada harga RM13 (30 hari), RM33 (90 hari) dan RM89 (12 bulan) untuk Individu. Bagi pelan Family yang boleh menampung sehingga 8 akaun, harga tahunan ialah RM169.

Nintendo eShop Malaysia_7

Keahlian Nintendo Switch Online juga tersedia bersama Expansion Pack, masing-masing pada harga tahunan RM179 untuk Individu dan RM319 untuk Family.

Nintendo Switch Online_2
Nintendo Switch Online_1

Melalui keahlian Nintendo Switch Online, pengguna boleh bermain permainan dari konsol klasik seperti Super Nintendo Entertainment System, Game Boy, dan Nintendo Entertainment System.

Dengan Nintendo Switch Online + Expansion Pack, akses turut diperluas kepada permainan Game Boy Advance dan Nintendo 64, manakala pengguna Nintendo Switch 2 juga boleh menikmati permainan dari Nintendo GameCube.

Untuk maklumat lanjut mengenai Nintendo eShop atau Nintendo Switch Online, layari laman Nintendo.

Berkaitan

  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • Nintendo eShop, Switch Online Akan Tiba Di Malaysia 18 November Ini
  • Momentum Switch 2 Dorong Saham Nintendo Naik Lebih 10%
  • Aplikasi Nintendo Store Kini Diperluas Ke Lebih Banyak Negara

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY