Selepas menayangkan rupa awal konsol permainan terbaru mereka pada awal tahun ini, Nintendo hari ini secara rasminya melancarkan Nintendo Switch 2 ke pasaran.
Menampilkan judul permainan terbaru Mariokart World, permainan ini akan ditawarkan secara eksklusif di platform Nintendo Switch 2.
Berbalik pada Nintendo Switch 2, ia menampilkan alat kawalan Joy-Con 2 baharu. Ia menampilkan GameChat yang membolehkan pemain berbual dengan rakan lain dari konsol permainan mudah alih ini engan ciri mikrofon terbina.
Malah boleh berkongsi paparan semasa bermain bersama walaupun judul permainan yang berbeza untuk melihat permainan yang dimainkan rakan anda.
Alat kawalan Joy-Con 2 juga memperkenalkan butan C baharu yang berfungsi mengakses lebih pantas untuk membuka kamera dan menutup mikrofon.
Malah alat kawalan ini juga disambungkan bersama peranti secara magnet malah boleh dijadikan kawalan seperti tetikus.
Tidak setakat itu, alat kawalan baharu ini juga boleh berinteraksi mengikut pergerakan tangan anda bagi menawal permainan.
Nintendo Switch 2 hadir dengan saiz skrin HD yang lebih besar iaitu 7.9 inci yang menyokong sehingga 120fps.
Selain itu, ia juga menerima naik taraf lain seperti storan lebih pantas dan saiz yang lebih besar iaitu 256GB.
Malah dock terbarunya menyokong paparan 4K untuk disambungkan bersama TV anda.
Seperti yang dijanjikan sebelum ini, Nintendo Switch 2 menyokong judul-judul permainan terdahulu.
Bersama pelancaran konsol baharu ini, Nintendo turut mengumumkan beberapa judul permainan terbaru yang akan hadir untuk konsol ini seperti Elden Ring Tarnished Edition, Hades 2, Street Fighter Yeras 1-2 Fighter Edition dan banyak lagi yang akan dilancarkan sama tarikh dengan Nintendo Switch 2.
Nintendo Switch 2 akan hadir dalam 2 varian iaitu versi standard dan versi MarioKart World yang akan tersedia di pasaran bermula 5 Jun 2025 nanti.
Manakala, ia akan tersedia di Malaysia sekitar Julai-September ini.
Harga jualan rasminya juga diumumkan seperti berikut:
– Nintendo Switch 2 – USD449.99 (~RM2,100)
– Nintendo Switch 2 + Mario Kart™ World Bundle – USD499.99 (~RM2,300)
Ketahui lebih lanjut tentang Nintendo Switch 2 dengan layari Nintendo Switch 2: How To Buy
{suggest}