Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Suunto Aqua Light

Suunto Aqua Light: Fon Kepala Kalis Air Untuk Aktiviti Lasak, Harga RM699

Diterbitkan April 2, 2025 · Dikemas kini April 2, 2025 oleh Amsyar Latif

Suunto memperluaskan rangkaian fon kepala bone conduction dengan pelancaran model terbaharu mereka, Aqua Light, di pasaran Malaysia. Fon kepala ini menawarkan keselesaan open-ear, kesedaran persekitaran yang tinggi, dan audio berkualiti tinggi, menjadikannya pilihan tepat untuk atlet dan peminat aktiviti lasak.

Dengan berat hanya 33 gram, Aqua Light hadir dengan rekaan kalis air IP68, mampu bertahan sehingga dua jam pada kedalaman dua meter. Fon kepala ini mempunyai jangka hayat bateri sehingga 10 jam, dengan keupayaan pengecasan pantas hanya 10 minit untuk penggunaan sehingga 3 jam.

Suunto Aqua Light

Aqua Light turut dilengkapi storan audio terbina sebanyak 32GB, membolehkan pengguna menyimpan sehingga 8,000 lagu, audio siar, atau buku audio untuk dimainkan di bawah air tanpa sambungan Bluetooth.

Ia juga hadir dengan pembatalan hingar persekitaran (ENC).

Teknologi bone conduction membolehkan bunyi dihantar melalui getaran tulang pipi, memberikan keselesaan berpanjangan dan keselamatan tambahan dengan membolehkan pengguna sentiasa peka dengan persekitaran.

Sekali gus menjadikannya sangat sesuai untuk sukan seperti berenang, berbasikal, dan berlari.

Suunto Aqua Light boleh didapati pada harga RM699 dalam dua pilihan warna menarik: Tidal Black dan Reef Blue.

Pembelian boleh dibuat melalui:

  • TikTok Shop – https://www.tiktok.com/@suuntomalaysia
  • Shopee – https://invl.me/clmmjlg
  • Lazada – https://invl.me/clmmjli
  • Solar Time, Y Sandal, LM Sport, Syscom, Micronation, One Cycling dan kedai-kedai terpilih lain.

Berkaitan

  • Suunto Aqua - Fon Kepala Boleh Dipakai Dalam Air, Harga RM1,099
  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Philips Lancar Fon Kepala Wayarles H8000E, Sokong LDAC Dengan Bateri Sehingga 70 Jam
  • Apple Kini Jual Kabel Audio USB-C Ke 3.5mm, Berharga RM219

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY