Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kemas Kini Terbaru Windows 10 Menimbulkan Lebih Banyak Masalah Kepada Pengguna

Tiada Lagi “Blue Screen of Death”, Microsoft Gantikan Dengan Rupa Paparan Baharu

Diterbitkan April 2, 2025 · Dikemas kini April 2, 2025 oleh ariff bukhari

Akhirnya paparan legenda yang amat terkenal dengan sistem Windows apabila ia tergendala yang dikenali sebagai “Blue Screen of Death” (BSOD) digantikan dengan rupa paparan baharu.

Microsoft kini mengubah reka bentuk skrin ralat ini menerusi kemas kini Windows 11 24H2.

Tidak lagi berwarna biru terang dengan ikon muka sedih, dan mesej ringkas “An error has occurred.” ia kini digantikan dengan paparan berwarna hitam dengan mesej yang lebih ringkas.

Tiada Lagi “Blue Screen of Death”, Microsoft Gantikan Dengan Rupa Paparan Baharu
Bagi pengguna Windows Insiders yang menguji versi beta, skrin ralat ini berwarna hijau.

Beberapa elemen ikonik turut dikeluarkan, termasuk ikon muka sedih dan kod QR yang sebelum ini digunakan sejak Windows 10 (2016) untuk membantu pengguna mendapatkan penyelesaian masalah.

Teks pada skrin juga diubah menjadi lebih ringkas: “Your device ran into a problem and needs to restart.”

Perkataan “device” turut menggantikan “PC” bagi merangkumi pelbagai peranti, bukan sekadar komputer riba dan desktop. Maklumat ralat serta kod ralat kini dipaparkan dalam teks lebih kecil di bahagian bawah skrin.

Pada masa ini, BSOD yang dikemas kini sedang dilancarkan kepada semua penguji (pengguna Windows Insider Program) dengan Windows 11 24H2 atau lebih baru.

Ia dijangka akan tersedia untuk pengguna umum dalam beberapa minggu akan datang dengan kemas kini Windows 11 24H2.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • WhatsApp Secara Rasmi Perkenal Ciri Muzik Pada Status
  • U Mobile Dapat 'Lampu Hijau' MCMC, Sedia Lancar Rangkaian 5G Kedua Generasi Baharu

Sumber: Windows Latest

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY