Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya

Posted on Februari 18, 2025Februari 21, 2025

Di era teknologi berkembang pesat dan banyak pilihan peranti yang boleh membantu dalam produktiviti dan hiburan kita sehari-hari, kita tak perlu lagi menggunakan peranti yang berat.

Bergerak ke sana ke sini bukanlah lagi satu halangan untuk membawa bersama dengan peranti canggih dan berprestasi berkepit bersama anda.

Jadi, kenapa masih guna laptop yang berat kalau ada tablet lebih ringan tapi boleh buat perkara yang sama?

Sebab itulah, Huawei melancarkan tablet mudah alih terbaru yang berprestasi tinggi untuk pengguna, HUAWEI MatePad Pro 13.2“

HUAWEI MatePad Pro 13.2“

Tablet ini menjanjikan pengalaman sepertimana PC untuk produktiviti. Bermain mahupun berhibur dengan HUAWEI MatePad Pro 13.2“ begitu lancar dan mengasyikkan.

Kuasa pemprosesan HUAWEI MatePad Pro 13.2“ mampu dipertingkatkan sehingga 85% dengan adanya ciri Turbo duration tanpa bimbangkan peningkatan suhu.

Keupayaan itu dicapai menerusi kejuruteraan termaju Huawei yang berjaya membangunkan seni bina cip pemprosesan inovatif dengan Teknologi Penyebaran Haba 3D Inovatif yang memberikan peningkatan prestasi dan kecekapan luar biasa pada HUAWEI MatePad Pro 13.2“ yang memberikan lonjakan prestasi sehingga 30%.

Jadi, sama ada ada membuat tugasan berat seperti bermain permainan mudah alih popular Mobile Legends: Bang Bang dan Genshin Impact mahupun lakukan pelbagai tugas serentak, HUAWEI MatePad Pro 13.2“ menyampaikan prestasi yang diperlukan anda sepanjang masa.

Bukan itu sahaja, prestasi HUAWEI MatePad Pro 13.2“ sangat mengagumkan di mana ia mampu membuka fail besar seperti 100 fail laporan perniagaan, fail Power Point bersaiz 1 GB dan Excel 1 GB dibuka dengan lancar tanpa ada lag langsung.

HUAWEI MatePad Pro 13.2“ juga mampu menjalankan kerja-kerja penyuntingan video dan mengeksport video 4K dengan lancar.

Dengan seni bina penyebaran haba yang baharu ini, HUAWEI MatePad Pro 13.2“ berfungsi dengan 10℃ lebih sejuk dan tahan lama dalam keadaan beban kerja yang tinggi.

Multi tugas serentak dengan HUAWEI MatePad Pro 13.2“ lancar tanpa gangguan prestasi.

Teknologi NearLink

HUAWEI MatePad Pro 13.2“ bukan sahaja boleh digunakan untuk bermain dan hiburan semata-mata.

Tetapi anda boleh melakukan hampir pelbagai perkara bersamanya seperti pembelajaran, membuat assignment kuliah mahupun menaip pelbagai kerja-kerja pejabat anda.

Dengan teknologi yang dipanggil sebagai NearLink, ia membolehkan HUAWEI MatePad Pro 13.2“ disambungkan dengan lancar bersama 2 aksesori utamanya iaitu HUAWEI Smart Magnetic Keyboard dan HUAWEI M-Pencil.

Teknologi NearLink memberikan kemudahan, fleksibiliti dan keselesaan yang memudahkan lagi anda menaip pantas bersama Huawei Smart Magnetic Keyboard yang tidak bergantung pada papan kekunci maya di atas skrin. Lengkap dengan touchpad, anda boleh bekerja dalam pelbagai gaya sambil memberikan pengalaman yang sama menggunakan komputer riba.

HUAWEI MatePad Pro 13.2“ juga tersedia dilengkapi dengan aplikasi PC-level WPS Office yang eksklusif dan percuma serasi dengan Microsoft Office. Ia juga menawarkan pengalaman antara muka dan fungsi yang sama dengan PC yang membolehkan pengguna membuat pengiraan di dalam sheet aplikasi WPS Office serta pilihan effect dan transition PPT yang pelbagai.
HUAWEI MatePad Pro 13.2“ memberikan anda pengalaman bekerja dalam pelbagai mod.
Import fail PDF dan menaip seakan di atas kertas dengan mudah di aplikasi HUAWEI Notes.

Bagi anda yang berbakat besar dalam bidang lukisan pula, anda boleh memanfaatkan sepenuhnya aplikasi GoPaint yang eksklusif dibangunkan Huawei dan tersedia secara percuma.

Teknologi NearLink menjadikan aktiviti melukis lebih menyeronokkan dengan sokongan aksesori stylus HUAWEI M-Pencil 3rd Gen yang lancar memberikan anda lebih fleksibiliti, ketepatan dan memudahkan akses untuk pelbagai lagi ciri tambahan lain.

Dengan inovasi-inovasi ini, HUAWEI MatePad Pro 13.2“ menawarkan prestasi yang tinggi dan kemudahan penggunaan yang sukar ditandingi.

Skrin ‘Flexible OLED Papermatte Display’ yang pertama dalam industri

HUAWEI MatePad Pro 13.2” hadir dengan skrin yang luas dan inovatif, memberikan pengalaman kerja dan penciptaan kandungan yang lebih baik. Dengan teknologi perlindungan mata yang canggih, pengguna dapat menikmati paparan yang selesa walaupun dalam tempoh penggunaan yang lama.

Tablet ini menawarkan nisbah skrin-ke-badan tertinggi dalam industri, iaitu 94%, memberikan pengalaman visual yang lebih luas dan mendalam. Walaupun bersaiz 13.2 inci, reka bentuknya tetap nipis dan ringan, memudahkan penggunaan di mana sahaja.

Skrin HUAWEI MatePad Pro 13.2” menawarkan kejelasan yang luar biasa dengan teknologi anti-silau meliputi bezel hitam yang mampu menghapuskan 99% cahaya persekitaran, memberikan paparan yang lebih selesa tanpa gangguan pantulan cahaya.

Untuk itu, HUAWEI MatePad Pro 13.2” telah memperoleh pelbagai pensijilan antarabangsa, termasuklah:

  • SGS Low Visual Fatigue 2.0 Premium Performance Certification
  • TÜV Rheinland Reflection-Free Certification
  • TÜV Rheinland Full Care Display 3.0 Certification

Ini memastikan mata pengguna lebih selesa dan kurang terdedah kepada keletihan walaupun digunakan dalam jangka masa lama.

HUAWEI MatePad Pro 13.2“ adalah tablet pertama dalam industri yang dilengkapi skrin Flexible OLED PaperMatte yang memberikan paparan yang lebih luas dan pengalaman seperti di atas kertas.

Skrin HUAWEI MatePad Pro 13.2” mencapai tahap kecerahan maksimum 1000 nits dengan kadar segar semula 144Hz, membolehkan penggunaan yang jelas walaupun di bawah cahaya terang serta skrin terasa lebih lancar dan responsif.

Dengan semua ciri ini, HUAWEI MatePad Pro 13.2” adalah pilihan terbaik untuk pengguna yang mencari tablet dengan paparan berkualiti tinggi, perlindungan mata yang optimum, dan prestasi luar biasa.

Skrin Flexible OLED PaperMatte dengan HUAWEI M-Pencil (Generasi ke-3) memberikan pengalaman seperti melukis di atas kertas meningkat kepada 47% pada HUAWEI MatePad Pro 13.2” (Berbanding skrin tekstur nano iPad Pro 13 inci).
Skrin Flexible OLED PaperMatte memastikan paparan yang jelas dan terang serta kaya dengan warna. Malah ia tidak menyilaukan mata dengan 57% lebih Anti-silau berbanding skrin iPad Pro 13 inci.

Bateri gergasi, pengecasan pantas

Untuk penggunaan seharian, bukanlah satu isu kerana bateri yang dimuatkan dalam Huawei MatePad Pro 13.2” ini begitu besar, iaitu 10,100mAh.

Malah dengan sokongan ciri pengecasan pantas HUAWEI SuperCharge 100W, tablet ini boleh dicas penuh 100% sepantas 65 minit sahaja.

Huawei MatePad Pro 13.2” dilengkapi bateri gergasi 10,100mAh yang boleh dicas sehingga 80% dalam masa 40 minit sahaja.

Hadiah percuma bernilai RM2,744

Huawei sememangnya tidak kedekut dan begitu memahami kehendak pengguna. Manakan tidak, mereka menawarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2“ ini siap lengkap di dalam kotak dengan aksesori premium yang lain.

Ia termasuklah aksesori papan kekunci  HUAWEI Smart Magnetic Keyboard yang berharga RM699, stylus HUAWEI M-Pencil 3rd Gen berharga RM699, tetikus HUAWEI Mouse berharga RM149, peranti audio Sound Joy berharga RM699, beg galas HUAWEI RM199 serta aplikasi pejabat WPS berharga RM299.

Menjadikan nilai keseluruhan yang didatangkan bersama HUAWEI MatePad Pro 13.2“ ini bernilai RM2,744!

Pembelian yang berbaloi

Apa yang dapat disimpulkan adalah, pembelian HUAWEI MatePad Pro 13.2“ sememangnya sangat berbaloi.

HUAWEI MatePad Pro 13.2” menawarkan produktiviti bertaraf PC flagship, menggabungkan prestasi tinggi dengan skrin berkualiti tinggi.

Paparan Flexible OLED Papermatte yang dipertingkatkan memberikan kejelasan yang luar biasa dan mengurangkan silau, memastikan pengalaman yang lebih selesa dan mendalam.

Cip pemproses dengan ciri pengurusan haba dan berprestasi menjadikan ia sebuah tablet lengkap dan sempurna, alternatif terbaik kepada komputer riba.

Jadi, kenapa masih guna laptop yang berat dengan adanya pilihan sehebat tablet HUAWEI MatePad Pro 13.2“ yang lebih ringan, canggih, dan serba boleh?

HUAWEI MatePad Pro 13.2“ kini sudah pun tersedia di Huawei Store, Shopee dan Lazada juga TikTok rasmi Huawei di mana pembeli terawal di dalam talian akan berpeluang mendapat baucar bernilai RM200.

Malah pembelian HUAWEI MatePad Pro 13.2“ secara offline juga membolehkan anda mendapat mesin pencetak secara percuma.

*Artikel ini dibawakan oleh HUAWEI Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress