Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
017A6921.NEF

NASA Kongsi Lebih 800GB Data Artemis II – Termasuk 11,000 Foto Dan Video

Diterbitkan Oktober 12, 2026 · Dikemas kini Oktober 12, 2026 oleh Amalina Athman

NASA kini membuka akses kepada lebih 800 gigabait (GB) data saintifik daripada misi Artemis II, termasuk lebih 11,000 imej resolusi penuh dan video Bulan serta 8.5 jam rakaman audio pemerhatian angkasawan.

Data yang sebahagiannya belum pernah diterbitkan sebelum ini telah dimuat naik ke Sistem Data Planetari NASA, iaitu arkib awam yang menyimpan data daripada misi penerokaan planet agensi angkasa itu.

Selain imej dan video yang dirakam menggunakan kamera pegang tangan (handheld camera) serta kamera kapal angkasa Orion, koleksi berkenaan turut merangkumi rakaman audio pemerhatian saintifik angkasawan terhadap permukaan Bulan dan imej yang dilengkapi anotasi oleh kru.

NASA Artemis II data_01
Tangkapan skrin pada tablet seorang anggota kru Artemis II menunjukkan anotasi tulisan tangan yang dibuat semasa melintasi Bulan pada 6 April 2026. Tiga anggota kru menandakan kilatan cahaya akibat hentaman serta lokasi kilatan tersebut pada imej, dan menandatangani catatan masing-masing menggunakan nama pertama. Angkasawan NASA Reid Wiseman dan Victor “Ike” Glover masing-masing menulis menggunakan warna biru dan hijau, manakala angkasawan Agensi Angkasa Kanada (CSA), Jeremy Hansen, menulis menggunakan warna merah. (7 April 2026) NASA/CSA

Gabungan bahan ini memberikan para penyelidik peluang untuk meneliti permukaan Bulan berdasarkan imej yang dirakam serta pemerhatian langsung angkasawan sepanjang perjalanan mengelilingi Bulan.

Bersama-sama data tersebut, NASA turut menerbitkan tiga dokumen berkaitan misi ini, iaitu Artemis II Preliminary Lunar Science Report, Artemis II Lunar Science Operations Report dan Artemis II Lunar Science Data User Guide.

Ketiga-tiga dokumen ini memberikan gambaran keseluruhan tentang data dan aktiviti saintifik sepanjang misi, termasuk ringkasan teknikal bagaimana pelan sains dibangunkan dan dilaksanakan. Menurut NASA, maklumat yang dikumpulkan melalui Artemis II ini sudah membantu membentuk perancangan bagi misi Artemis III dan misi penerokaan Bulan seterusnya.

Pengguna boleh mengakses data sains Artemis II melalui arkib data NASA. Maklumat lanjut mengenai penerbitan data tersebut boleh didapati melalui laman sains Bulan Artemis II NASA.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Misi Artemis II Pecah Rekod Apollo 13, Penerbangan Manusia Paling Jauh Dari Bumi
  • Teleskop Angkasa NASA Ini Bakal Terhempas Ke Bumi Lewat Tahun Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
  • Kod 2FA Tetap Berfungsi Dalam Mod Pesawat, Ini Sebabnya
  • MyCERT Kesan Trojan Perbankan Android 'BNM Mobile Security' - Curi Maklumat Kad Bank Melalui NFC
  • 3 Game Kereta Lumba 'Lejen' Ini Kini Boleh Dimainkan Terus Dari Pelayar PC Anda
  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
©2026 WISER.MY