Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Misi Artemis II Pecah Rekod Apollo 13, Penerbangan Manusia Paling Jauh Dari Bumi

Posted on April 7, 2026April 7, 2026

Kru Artemis II yang terdiri daripada angkasawan Reid Wiseman, Victor Glover, Christina Koch dan Jeremy Hansen telah mencipta rekod baharu sebagai manusia yang berada jarak paling jauh dari Bumi, mengatasi rekod misi Apollo 13 yang mencatatkan jarak 248,655 batu (400,171 km) pada tahun 1970.

Sekitar jam 7.02 pagi waktu Malaysia, kru di dalam kapal angkasa Orion mencapai jarak maksimum kira-kira 252,756 batu (406,771 km) dari Bumi. Pencapaian ini meletakkan mereka sekitar 4,111 batu lebih jauh dari Bumi berbanding rekod sebelum ini, sekali gus menetapkan rekod baharu dalam sejarah penerbangan angkasa manusia.

Update: The Artemis II crew were 252,756 miles from Earth at the farthest point in their trajectory.

— NASA Earth (@NASAEarth) April 6, 2026

 

Selain memegang rekod baharu, kru turut mencadangkan dua nama baharu untuk kawah di Bulan. Kawah pertama dinamakan “Integrity” bersempena kapal angkasa mereka, manakala kawah kedua dicadangkan sebagai “Carroll” bagi memperingati mendiang isteri Reid Wiseman. Cadangan ini akan dikemukakan secara rasmi kepada Kesatuan Astronomi Antarabangsa, organisasi yang mengawal penamaan jasad langit dan ciri permukaannya.

Menurut NASA, Orion turut mencapai jarak paling hampir dengan Bulan pada kira-kira 4,067 batu dari permukaannya sekitar jam 7.00 malam waktu tempatan (7.00 pagi MYT).

Misi Artemis II kini telah melepasi separuh perjalanan dan dijadualkan berakhir dengan pendaratan di laut berhampiran San Diego pada 10 April, sekitar jam 8:07 malam EDT. Selepas itu, kru akan dibawa ke kapal USS John P. Murtha menggunakan helikopter sebelum menjalani pemeriksaan perubatan dan kembali ke darat.

Program Artemis merupakan langkah penting NASA untuk kembali ke Bulan, dengan perancangan jangka panjang termasuk membina pangkalan tetap di permukaannya serta membuka laluan ke misi berawak ke Marikh.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress