Jika anda mengendalikan dron di Malaysia, sama ada untuk tujuan peribadi atau komersial, anda perlu mendapatkan kebenaran daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). Peraturan ini berkuat kuasa ke atas semua dron, termasuk yang digunakan untuk fotografi perkahwinan, video korporat, dan aktiviti rekreasi.
Mengapa perlu permit?
Sesiapa yang ingin mengendalikan Unmanned Aircraft System (UAS), anda perlu mendapatkan kebenaran daripada CAAM. Ini adalah tertakluk di bawah Peraturan 140 penerbangan awam Malaysia 2016.
Berdasarkan artikel sebelum INI, pada 2024, CAAM mengesan aktiviti latihan dron tanpa kelulusan rasmi.
Tanpa permit, ia melanggar peraturan dan boleh dikenakan penalti berdasarkan peraturan 206(3) penerbangan awam Malaysia 2016.
Berapa caj permit dron?
Buat pengetahuan, CAAM mengehadkan aplikasi berdasarkan kawasan lokasi.
Bagaimana lokasi itu ditentukan? Jejari 15 batu nautika bersamaan lebih kurang 27.8 km jejari dianggap sebagai satu lokasi.
Jika penerbangan dirancang di beberapa lokasi berdekatan dan semua lokasi tersebut boleh diplot dalam satu jejari 15 batu nautika, ia akan dianggap sebagaiĀ satu permohonan.
Yuran untuk mendapatkan kebenaran untuk terbang (ATF) bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah operasi, berat dron, dan lokasi penerbangan. Berikut adalah kadar yang ditetapkan oleh CAAM:
Nota: Operasi merupakan bilangan penerbangan dron dalam lokasi yang dipohon. Jika anda mahu melakukan penerbangan lebih dari itu, permit baharu diperlukan. Jika ingin dalam lokasi baharu, juga perlu membuat permohonan baharu.
Bagaimana nak mohon?
- Isi Borang CAAM/BOP/UAS/ATF/02-00
- Hantar borang bersama dokumen sokongan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum aktiviti ke [email protected]
- Pastikan dron telah mendapat sijil kelulusan SIRIM dengan label MCMC
- Jika operasi melibatkan fotografi udara, kelulusan dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) mungkin diperlukan
Setiap dokumen perlu dimuat naik ke Google Drive atau fail yang dilampirkan hanya dalam word atau PDF dan dikongsi melalu emel yang diberikan.
Apa jadi jika tidak memohon permit?
Mana-mana individu yang menerbangkan dron tanpa kebenaran boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 2016, termasuk denda dan tindakan undang-undang.
Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi CAAM di www.caam.gov.my.
{suggest}