Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Image 2024-11-29 at 12.04.36 PM (1)

Cyberview Lancar NADSAR, Sasar Malaysia Jadi Peneraju Global Inovasi & Sukan Dron

Diterbitkan November 29, 2024 oleh Rushsyafizal

Cyberview Sdn. Bhd. (Cyberview) bersama anak syarikatnya, Futurise Sdn. Bhd. (Futurise), menganjurkan Drone Hub Innovation for Future Talents (DRIFT) 2024, menonjolkan komitmen Malaysia terhadap inovasi dan pembangunan bakat dron.

WhatsApp Image 2024-11-29 at 12.04.35 PM

Acara ini menyaksikan pelancaran Cyberjaya Drone Hub, pendedahan National Drone Sports Strategic Roadmap (NADSAR) 2023–2027, dan pengenalan program Cyberjaya Drone Hero (CDH).

WhatsApp Image 2024-11-29 at 12.04.35 PM (3)
WhatsApp Image 2024-11-29 at 12.04.35 PM (2)
WhatsApp Image 2024-11-29 at 12.04.36 PM
WhatsApp Image 2024-11-29 at 12.04.36 PM (4)

Inisiatif ini menjadikan Cyberjaya sebagai hab dron utama Malaysia, dengan tumpuan kepada pembangunan sukan dron, penglibatan komuniti, pembangunan bakat, dan peluang komersial. Sejak 2019, Drone Testing Zone (DTZ) Cyberjaya telah melatih lebih 2,300 juruterbang dron dan mencatatkan 2,000 jam penerbangan.

Dilancarkan oleh Futurise melalui National Academy for Drone Sports Excellence (AKSADRON), NADSAR menyokong Visi Sukan Negara 2030, memfokuskan pembangunan bakat, kolaborasi industri, dan penambahbaikan regulasi sukan dron.

WhatsApp Image 2024-11-29 at 12.04.35 PM (1)

Program CDH memberi peluang kepada pelajar untuk menguasai kemahiran STEM dan bersaing dalam sukan dron. Setakat ini, lebih 200 pelajar dari 14 institusi seperti SMK Cyberjaya, Politeknik Banting, dan UTM telah mendapat manfaat.

Dua Letter of Intent (LOI) dimeterai antara Cyberview dan Drone Academy Asia, serta Futurise dan UMPSA Advanced, mengukuhkan usaha membangun bakat dan teknologi dron.

Melalui inisiatif ini, Cyberview dan Futurise bertekad menjadikan Malaysia sebagai peneraju global dalam inovasi dan sukan dron. Cyberjaya terus mengukuhkan peranannya sebagai ekosistem digital dan teknologi negara.

Berkaitan

  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat
  • Kami Menghargai Jasa Dan Sumbangan Ananda Krishnan - Maxis
  • SAIC Juga Akan Mulakan Pengeluaran Besar-Besaran Bateri Keadaan Pepejal Generasi Ke-2
  • Boleh Dapat Kod S.T.A.L.K.E.R 2 & Baucar Steam Dengan Pembelian Produk MSI Ini
  • U Mobile Buka Kedai Baharu di IOI City Mall Putrajaya

Sumber: Siaran media Cyberview

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY