Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Sistem Digital Permohonan Guna Dron Dijangka Dilaksana Menjelang Akhir Tahun

Posted on Februari 26, 2025

Kementerian Pengangkutan (MOT) meminta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk melakukan penambahbaikan terhadap sistem permohonan penggunaan dron memandangkan penggunaannya yang semakin meluas.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata langkah itu sangat penting bagi memastikan penggunaan dron dapat dikawal selia dengan baik demi keselamatan.

Dalam masa sama, saya menyedari proses (permohonan) sekarang agak manual. Mereka perlu memohon dan proses permohonan mengambil masa maksimum sehingga 14 hari. Ada maklum balas menyatakan bahawa ini tidak sesuai dan (tidak) praktikal…saya difahamkan memang sudah ada satu langkah ke arah satu sistem permohonan secara digital yang akan dapat dilaksanakan menjelang akhir tahun ini.

Beliau berkata apabila sistem itu siap, permohonan penggunaan dron boleh dilakukan secara digital melalui telefon pintar dengan menggunakan aplikasi yang membolehkan permohonan dibuat dan kelulusan diberikan hampir serta-merta.

{suggest}

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress