Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CAAM Tegas, Semua Dron Di Malaysia Wajib Ada Permit Untuk Terbang — Termasuk Kegunaan Suka-Suka

CAAM Tegas, Semua Dron Di Malaysia Wajib Ada Permit Untuk Terbang — Termasuk Kegunaan Suka-Suka

Diterbitkan Februari 17, 2025 · Dikemas kini Februari 19, 2025 oleh Amsyar Latif

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengingatkan bahawa setiap dron, tidak kira untuk kegunaan biasa atau berisiko tinggi, perlu mendapatkan permit penerbangan bagi setiap aktiviti yang dijalankan.

Ini termasuk dron berkamera yang diterbangkan di bawah 400 kaki untuk tujuan seperti penggambaran perkahwinan, video syarikat, atau sekadar hobi.

Menurut jurucakap CAAM kepada FMT, bayaran untuk permit bagi dron di bawah 20kg adalah sebanyak RM250.

Penegasan ini dibuat susulan arahan keselamatan daripada Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Norazman Mahmud, yang menyatakan bahawa pengoperasian dron tanpa kebenaran boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan Penerbangan Awam Malaysia.
Sepanjang tahun 2024, CAAM mengesan beberapa kes penerbangan dron, khususnya latihan, yang dijalankan tanpa kelulusan rasmi.

Bagi memastikan keselamatan dan pematuhan peraturan, permohonan permit perlu dibuat sekurang-kurangnya 14 hari lebih awal melalui sistem dalam talian CAAM.
Pihak berkuasa juga bersedia memberikan panduan serta bantuan kepada pengendali dron sepanjang proses permohonan.

Selain CAAM, penggunaan dron di Malaysia turut tertakluk kepada SIRIM, yang menetapkan piawaian keselamatan dan kualiti, serta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) untuk aktiviti pemetaan dan fotografi udara.

Sekiranya anda memiliki dron untuk kegunaan kerja mahupun suka-suka, anda perlu ambil maklum berkaitan perkara ini. Boleh rujuk di SINI untuk panduan serta permohonan permit.

Rujuk SINI untuk panduan kebenaran standard untuk terbang.

Berkaitan

  • China Siapkan Projek Lebuh Raya Tanpa Pemandu Sepenuhnya, Hanya Dron Dan Robot
  • Cyberview Lancar NADSAR, Sasar Malaysia Jadi Peneraju Global Inovasi & Sukan Dron
  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • DJI Lancarkan O4 Siri Air Unit, Dron Perlumbaan Tawar Pengalaman FPV 4K

Sumber: FMT

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
©2026 WISER.MY